26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Ditahan Polis Selepas Pukul Ibu Dengan Tukul & Ugut Letup Tong Gas Dalam Rumah Sambil Bermula Positif Dadah

    Shopee Sale



    Seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis selepas bertindak agresif dengan memukul ibunya serta mengugut mahu meletupkan tong gas di dalam rumahnya yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang.

    Positif dadah

    Memetik laporan Berita Harian, lelaki berusia 41 tahun itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan disyaki bertindak sedemikian akibat daripada pengaruh dadah berkenaan.

    Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad suspek difahamkan berang dengan ibunya kerana tidak memberikan sejumlah wang yang diminta dipercayai untuk membeli dadah.

    Suspek dipercayai meminta wang bagi membeli dadah dan ibunya sudah memberi ‘angpau’ sebanyak RM250.

    Namun, suspek bertindak agresif kerana tidak berpuas hati dengan banyak perkara termasuklah pembahagian harta pusaka.

    Lelaki terbabit juga membuka dua injap tong gas dan mengancam mahu menyalakan api menggunakan pemetik api.

    Dia juga bertindak menghidupkan pembersih hampagas yang dibimbangi akan mencetuskan api kebakaran.

    Tambah Mohamed Usuf, pihak polis kemudiannya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuka satu aliran air tekanan tinggi sebagai persediaan baggi menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.

    Selepas hampir tiga jam memujuk, suspek kemudiannya melepaskan ibunya sebelum ditahan pihak polis manakala warga emas berkenaan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan rawatan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Doakan Auntie Dapat Baby Boy Ye’ – Fazura

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid memaklumkan suspek yang tidak bekerja akan direman bagi membantu siasatan.

    Menurut Razlam, suspek dikatakan memukul ibunya secara berterusan dengan tukul setiap kali anggota penyelamat cuba merapati wanita berkenaan bagi diselamatkan.

    Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki yang ditahan oleh pihak polis susulan tindakannya yang mengancam nyawa ibunya di sebuah rumah.

    Video

    " data-video-id="7335493477268081927">
    @bharianmy Gagal dapat wang punca lelaki pukul, ancam letup tong LPG #beritaditiktok ? original sound – Berita Harian

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah