Pendakwah bebas, Jafri Mahmoodi perjelaskan hukum berhibur sekali gus menekankan jenis-jenis konsert yang boleh dihadiri oleh umat Islam.
Artikel Berkaitan: Zeera Azizi Dikecam Menari Bollywood – ‘Macam Tak Pernah Berhibur, Hidup Saya Terpaling Ringkas’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Belajar Terima Kehidupan Baru Dengan Lyla Mulan – ‘Tiada Lagi Shopping Untuk Diri Sendiri & Berhibur’
Umat Islam boleh layan konsert ke?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Jafri memaklumkan Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur namun harus mengikut syariah.
Tambah Ustaz Jafri, umat Islam perlu membezakan jenis konsert yang dibenarkan agar tidak jatuh hukum haram apabila dihadiri.
Hukum hiburan dalam Islam adalah harus. Kita tidak dilarang untuk berseronok.
Hukum menjadi haram apabila melanggar syariat. Contoh seperti ada lirik lucah, pergaulan bebas, dedah aurat dan lalai sehingga tinggal solat.
Konsert akan jadi maksiat apabila ada percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa kawalan.
Selain itu, aurat yang terdedah diraikan dan ada unsur-unsur arak, dadah dan seks bebas.
Kalau satu majlis menghimpunkan perkara maksiat maka haram untuk kita hadiri.
Selain itu, Ustaz Jafri memaklumkan musafir yang hadir ke konsert berunsurkan maksiat tidak dibenarkan untuk melakukan solat jamak qasar.
Majoriti ulama Mazhab Syafie kata kalau musafir untuk maksiat tidak diberi rukhsah (keringanan).
Termasuk jamak dan qasar. Kalau perjalanan itu hukum dia maksiat maka, keringanan ibadah itu tidak boleh dipakai.
Sumber: TikTok @jafrimahmoodi_official
The post [VIDEO] ‘Musafir Yang Pergi Konsert Tidak Boleh Solat Jamak Qasar’ – Ustaz Jafri Mahmoodi first appeared on OHBULAN!.






