27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Melly Goeslaw Tak Tahan Sebak Tengok Mahalini ‘Remake’ Lagu ‘Sampai Menutup Mata’

    Shopee Sale



    Nama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslaw kembali mencuri perhatian ramai di media sosial berikutan memuat naik video reaksinya semasa melihat muzik video (MV) ‘Sampai Menutup Mata’ nyanyian semula daripada Mahalini.

    Reaksi Melly

    Menerusi rakaman video tersebut, Melly yang merupakan pencipta lagu itu dilihat terlalu khusyuk melihat dan mendengar cara baharu Mahalini membawakan lagu tersebut.

    Menurut Melly, dia tidak sangka lagu yang pernah dipopularkan oleh Acha Septriasa itu masih menjadi kesukaan ramai orang sehingga sekarang.

    Bangga sangat Mahalini boleh menyanyikan semula lagu indah daripada Melly yang dikeluarkan pada tahun 2006. Ini versi Mahalini 2024.

    Menerusi pemerhatian pihak Melly turut kelihatan mengalirkan air mata tatkala mendengar bahagian chorus lagu tersebut.

    Ujar Melly, setiap orang pasti takut ditinggalkan atau meninggalkan. Tambahnya, saat itu pasti akan terjadi dalam waktu yang sudah ditetapkan olehNya.

    Melly juga sempat menitipkan pesanan buat suami dan anak-anaknya iaitu ‘cintanya akan tetap ada sampai mata tertutup selamanya’.

    Menonton muzik video Mahalini tadi semakin merasakan bahawa kita tak tahu sisa waktu berapa lama lagi yang tinggal untuk kita bersama dengan orang yang kita cintai.

    Al-Fatihah untuk semua yang sudah mendahului kita dan kita diberi cukup waktu untuk bersama sama orang orang yang kita cintai sampai menutup mata.

    Di akhir posting, Melly mendoakan Mahalini dan suaminya, Rizky Febian bahagia sehingga Jannah.

    MENARIK:  [VIDEO] Doktor Wanita Terkesan Selepas Kematian Suami & Ibu – ‘Dia Gant*ng Diri & Overdose Kedua-Dua Anaknya’

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah