26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Mek Yun Tempelak Tindakan Individu Guna Cerek Hotel Rebus Daging – ‘Ini Satu Penghinaan, Tolong Hormat Orang Lain’

    Shopee Sale

    Selebriti media sosial dan pelakon, Mek Yun menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir individu yang menggunakan cerek elektrik di hotel untuk merebus daging.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Beli Rumah Pertama, Titip Pesanan Buat Wanita – ‘Jangan Tunggu Suami Untuk Sediakan’

    Artikel Berkaitan: Mek Yun Terkejut Gambar Sekolah Jadi Sasaran Eksploitasi S*ksual

    ‘Tak ada hormat langsung’

    Tindakan itu dikecam selepas tular sebuah video memaparkan beberapa tetamu berbangsa Cina dipercayai merebus daging khinzir menggunakan cerek elektrik yang disediakan pihak hotel.

    Mek Yun atau nama sebenarnya We Yu Nee menegaskan perbuatan itu bukan sahaja tidak beradab, malah menimbulkan isu kebersihan dan sensitiviti, terutamanya buat Muslim.

    Rebus daging khinzir dalam kettle hotel?

    Tak tahu lah wujud ke ramai yang buat macam ni dekat Malaysia tapi kalau ada siapa yang buat macam ni memang tak ada common sense, tak ada adab, tak ada hormat langsung pada orang lain!

    Menurutnya, peralatan seperti cerek elektrik di hotel adalah kemudahan asas yang disediakan untuk kegunaan tetamu, bukan untuk tujuan memasak.

    Bayangkan orang lain nak guna lepas tu buat kopi, teh dan untuk Muslims yang langsung tak boleh guna dah sebab dah terkena daging khinzir? Itu satu penghinaan dan buat orang lain rasa tak selamat tau.

    Susulan itu, Mek Yun turut menggesa orang ramai supaya lebih peka terhadap kebersihan dan menghormati kepercayaan orang lain.

    Tolonglah, jangan sesekali buat benda macam ni. Kalau diri sendiri tak reti jaga kebersihan, sekurang-kurangnya belajar lah untuk hormat orang lain.

    Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan ramai netizen menyokong kenyataan Mek Yun dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri sendiri.

    MENARIK:  Suri Rumah Terkilan Adik Enggan Bantu Urus Anak, Kecewa ‘Staycation’ Turut Batal – Netizen Tanya Mana Suami?

    Video

    View this post on Instagram

    A post shared by Mekyun (@mekyunn)

    Sumber: Instagram Mek Yun

    The post [VIDEO] Mek Yun Tempelak Tindakan Individu Guna Cerek Hotel Rebus Daging – ‘Ini Satu Penghinaan, Tolong Hormat Orang Lain’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah