Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila hasratnya untuk meluangkan masa bersama keluarga dan berehat seketika daripada rutin sebagai suri rumah tidak kesampaian.
Artikel Berkaitan: Wanita Pura-Pura Tak Pandai Order Demi Bantu Pelajar Tingkatan 5 Kelaparan – ‘Saya Nampak Baki RM2.43’
Artikel Berkaitan: Wanita Tak Sangka Kakak Banyak Terima Pesanan Selepas Siti Nurhaliza Bantu ‘Promote’ Cinnamon Roll – ‘Kami Akan Ingat Kebaikan Dia’
Sedih

Menurut wanita itu, dia sedih apabila adiknya menyatakan rasa tidak mahu menguruskan anak-anaknya sepanjang pertemuan bersama keluarga hingga dia membuat keputusan untuk tidak sertainya.
Aku sedih. Hari itu adik-beradik pergi makan-makan. Aku cakap nak turut sertai juga.
Adik aku balas dia tak mahu handle anak-anak aku. Jadi aku macam oh okay, tak pergi lah.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata dia juga ada merancang untuk bercuti bersama rakan baiknya.
Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kalau kau mak, kau tahu bukan senang nak tinggal anak-anak, lebih-lebih lagi sekiranya kau suri rumah.
Aku punya teruja tu memang akan ingatkan suami setiap hari.
Malangnya, perancangan itu tidak jadi atas sebab-sebab tertentu.
Kata wanita itu, pembatalan itu sememangnya membuatkan dia berasa sangat kecewa.
Aku punya sedih tu…sebab aku memang tunggu nak pergi.
Aku rasa aku sangat-sangat memerlukan untuk jauh sekejap dengan anak-anak, nak healing berehat.
Jelasnya, dia mula hilang harapan untuk bergantung kepada orang lain bagi mendapatkan ruang berehat untuk dirinya sendiri.
Sekarang aku dah rasa hopeless dan tidak mahu dah nak berharap dengan siapa-siapa.
Mungkin saya ditakdirkan untuk keseorangan.
Tak mampu nak keluar, duduk saja rumah sampai anak besar. Fokus cari duit supaya saya tidak perlu harapkan sesiapa lagi dah.
Enough is enough.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berharap agar wanita itu tidak mengharapkan adiknya untuk menjaga anak-anaknya.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post Suri Rumah Terkilan Adik Enggan Bantu Urus Anak, Kecewa ‘Staycation’ Turut Batal – Netizen Tanya Mana Suami? first appeared on OHBULAN!.





