32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Love Or Gold? Saya Pilih Cinta Sejati’ – Anna Jobling

    Shopee Sale

    Aktres popular, Anna Jobling berpendapat bahawa nilai cinta sejati jauh lebih penting buat dirinya berbanding kemewahan material seperti barang kemas.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Bercuti Dengan Ramai Orang, Saya Nikmati Masa Berehat’ – Anna Jobling

    Artikel Berkaitan: OBPVO: Anna Jobling Dinobat Selebriti Paling Viral 2025!

    Mahu cinta

    Menurut Anna, 25, harta boleh diusahakan, tetapi keikhlasan perasaan tidak boleh dibeli.

    Love or gold? Saya pilih cinta. Saya percaya cinta yang tulen lebih bermakna daripada mana-mana barang mewah.

    Emas atau barang kemas boleh saya miliki melalui kerja keras sendiri.

    Bercerita tentang minat terhadap emas, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling mendedahkan dia sudah tertarik dengan perhiasan sejak kecil dan gemar menghadiahkan diri sendiri sebagai tanda menghargai pencapaian peribadi.

    Saya memang minat emas sejak kecil. Hadiah diri dengan perhiasan itu cara saya meraikan pencapaian. Rekaannya ada yang elegan dan kemas, sesuai dengan gaya saya.

    Buat pelaburan emas

    Tambah bintang drama bersiri Melur Untuk Firdaus, dia sangat mementingkan pelaburan emas sebagai langkah kewangan jangka panjang yang lebih stabil.

    Jelasnya, dia sering menggalakkan ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mula melabur secara kecil-kecilan mengikut kemampuan, tanpa perlu menunggu modal besar.

    Saya selalu nasihatkan keluarga dan kawan-kawan untuk bermula kecil dengan gram emas. Ia pelaburan stabil bila turun pun sementara. Lama-kelamaan ia pasti memberi pulangan.

    Anna ditemui di majlis pelancaran kempen Koleksi Raya 2026 jenama perhiasan terkemuka Tomei baru-baru ini.

    MENARIK:  Rasa Sunyi Bukan Punca Kesihatan Mental Dina Nadzir Terjejas – ‘Tidak Sampai Ke Tahap Seperti Itu’

    Dalam kempen edisi ‘Pulang, The Joy I Carry Home’, Anna sebagai wajah kempen mempamerkan empat gaya berbeza yang melambangkan suasana Aidilfitri dari pagi yang tenang hingga ke malam yang penuh cahaya, digayakan bersama koleksi Sri Puteri, Diamond Cut, Anastasia dan Tomei Diamond Collection.

    Kempen kali ini mengetengahkan makna pulang sebagai kembalinya rasa, kenangan dan hubungan dengan diri sendiri.

    Kempen itu turut menonjolkan sisi seorang wanita yang bersiap bukan semata-mata untuk tontonan orang lain, tetapi sebagai satu ritual peribadi.

    Dari memilih busana kegemaran, menyarungkan aksesori warisan hingga menyusun memori ke dalam beg, setiap kilauan emas dan berlian menceritakan detik berharga yang menyertai perjalanan pulang ke kampung halaman.

    The post [VIDEO] ‘Love Or Gold? Saya Pilih Cinta Sejati’ – Anna Jobling first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah