
Usahawan Ridzokumura meluahkan rasa terkilan selepas menyedari sejumlah wang milik arwah isterinya hilang di rumah yang didiami mereka di Subang Jaya, Selangor.
‘Salah saya sebab tak simpan duit tu’

Ketika ditemui , Ridz atau nama lengkapnya Abd. Ridzuan Abdul Mutalib, 50, berkata jumlah wang tersebut dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM70,000.
Sampai hati korang, duit orang meninggal pun korang nak ambil. Bukan orang luar tapi orang sekeliling saya sebab yang datang pun kawan-kawan, polis, doktor, forensik dan sebagainya.
Meskipun begitu, Ridz enggan menuding jari menyalahkan mana-mana pihak atau individu berhubung kejadian tersebut.
Saya tak salahkan sesiapa, salah saya sebab tak simpan duit tu. Orang yang ambil tu memang salah, salah dia dekat arwah dan Tuhan.
Tak elok ambil duit orang yang dah pergi, terkilan saya. Biarlah orang tu jawab dengan Tuhan. Kalau arwah tak maafkan, tak maaf lah dia.
‘Duit arwah ada dalam dua sampul yang tebal’

Menurut Ridz lagi, wang tersebut merupakan lebihan simpanan selepas mereka pulang dari Jepun, sekitar Februari lalu.
Duit arwah ada dalam dua sampul yang tebal, masa tu saya ambil duit tu masukkan dalam beg isteri saya.’
Selepas daripada itu memang saya tak usik duit tu. Dua tiga hari lepas baru saya sedar.
Duit bukan sikit, saya anggarkan dalam RM60,000 ke RM70,000. Itu apa yang saya nampak.
Barang lain seperti aksesori, barang perhiasan dan sebagainya saya tak pasti ada yang hilang atau tidak sebab saya tak tahu sangat barang arwah.’
Tambahnya lagi, disebabkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya mengalami kerosakanan, dia gagal mengenal pasti indvidu yang mengambil wang tersebut.
Sekarang ni semua saya simpan di bank, tak payah pening-pening dah.





