Pelakon Linda Hashim menolak dakwaan bahawa suaminya, Beego menunjukkan usaha untuk memujuknya bagi memulihkan perhubungan mereka.
Artikel Berkaitan: Linda Hashim Kecewa Beego Sengaja Lambatkan Kes, Lafaz Taklik Ditangguh Pada Februari
Tiada pujuk rayu

Ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim, 42, sebaliknya mendakwa Beego hanya memberikan tekanan mental dan emosi terhadapnya sepanjang berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Tidak pernah berlaku sebarang pujuk rayu daripada pihaknya. Cara yang berlaku hanyalah serangan terhadap saya. Tiada langsung usaha memujuk.
Jika benar sayang, tidak mungkin seseorang sanggup melakukan perkara buruk di belakang pasangan sendiri. Tentang usaha memujuk, saya hanya mendengar cakap-cakap, tetapi tiada sebarang usaha dilakukan.
Dia sendiri sudah tahu perkara ini sudah sampai ke penghujung dan tidak boleh diperbetulkan lagi. Jadi, saya tidak nampak di mana usaha yang dikatakan itu dan tiada bukti mengenainya.
Gangguan yang saya terima sangat menekan mental. Saya diserang berulang kali walaupun tidak berbuat apa-apa. Saya pergi ke rumah sendiri pun tetap diserang.
Hadkan komunikasi

Justeru, Linda mengambil pendekatan untuk menghadkan komunikasi bersama Beego dengan menyekat aktor itu demi menjaga kesihatan mental.
Bagaimanapun, Linda menegaskan bahawa dia tetap menyediakan satu platform khas untuk meneruskan perhubungan serta komunikasi mereka terutama hal-hal berkaitan anak-anak.
Disebabkan itu, saya tiada pilihan selain menyekatnya.
Di situ kami masih berhubung, boleh hantar gambar, buat panggilan dan berkongsi perkara berkaitan anak seperti baju sekolah dan keperluan lain.
Jadi dakwaan dia langsung tidak boleh berkomunikasi dengan saya adalah tidak benar. Dia boleh datang ke rumah saya, masuk ke rumah dan mengambil anak tanpa sebarang halangan. Rumah kami pun berdekatan dan boleh saling nampak.
Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.
Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun, mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.
Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.
The post [VIDEO] Linda Hashim Nafi Beego Pujuk Rayu Untuk Pulihkan Hubungan – ‘Yang Berlaku Hanyalah Serangan Terhadap Saya’ first appeared on OHBULAN!.





