Penyanyi, Shila Amzah mengakui kehadiran suami, Ubaidillah dalam hidupnya membawa seribu kemanisan dan kebahagiaan.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Mahu Mangsa Keganasan Rumah Tangga Berani Bersuara & Pertahankan Diri – ‘Lawan, Tinggalkan Hubungan Toksik Itu’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah ‘Tutup Kilang’, Cukup Ada Seth & Rhea – ‘Saya Nak Anak-Anak 100% Dapat Perhatian’
Layanan seperti permaisuri

Pernah melalui fasa jatuh bangun seorang diri, Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, suaminya menjalankan tanggungjawab dengan baik dan memberi layan persis permaisuri kepadanya.
Sebelum ini saya tak pernah dapat rasa hidup dalam feminim energy, sebelum ini saya maskulin engergy. Semua perkara saya perlu buat sendiri.
Tapi selepas ada Ubai, saya rasa seperti ‘princess’. Itu membuat saya suka dengan hidup yang sekarang.
Shila berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok Pa&Ma.
Bercakap mengenai elemen komunikasi dalam rumah tangga, Shila memberitahu dia dan suami tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan perkara itu.
Kami berkomunikasi dengan baik, alhamdulillah masing-masing faham. Setakat hari ini, belum ada masalah. Kami saling berkongsi sehingga password akaun bank pun masing-masing tahu.
Jaga batas

Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu, mereka juga saling mempercayai antara satu sama lain dan tahu batas masing-masing ketika berususan dengan pihak luar terutama yang berlainan jantina.
Kami berdua tidak saling semak telefon masing-masing, kerana tahu batasnya. Ubai pun berada dalam industri ini (hiburan) juga.
Saya percaya Ubai tahu untuk jaga batas jika berurusan dengan artis atau rakan sekerja wanita, begitu juga saya.
Perkara ini tidak perlu dibincangkan kerana batas suami dan isteri masing-masing perlu sendiri, kalau tidak tahu jaga batas bahaya dalam rumah tangga.
Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.
Shila juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais hasil perkahwinan dengan bekas suami Haris Edraki.
Sumber: TikTok
The post ‘Selepas Ada Ubai, Saya Rasa Seperti Princess – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.





