30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lelaki Berhati Mulia Tawar Rumah Percuma Buat Mangsa Kejadian Paip Gas Putra Heights – ‘Boleh Tinggal Selama Dua Bulan’

    Shopee Sale



    Seorang individu bernama Izzkandar Nordin berbesar hati mahu menawarkan tempat penginapan percuma kepada mangsa yang terjejas akibat kebakaran letupan paip gas yang berlaku di Putra Heights, baru-baru ini.

    Tinggal secara percuma

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Izzkandar berkata kediamannya terletak di Cyberjaya tidak jauh daripada tempat berlakunya letupan paip gas di Putra Heights.

    Izzkandar berkata dia sangat mengalu-alukan mangsa kejadian untuk mendiami rumah itu terutamanya mereka yang hilang tempat berteduh.

    Jika ada yang terjejas akibat kebakaran di Putra Heights, saya ada sebuah rumah di Cyberjaya untuk tempat tinggal selama dua bulan sementara menunggu rumah dibaik pulih dan tuntutan ganti rugi.

    Boleh mesej untuk yang betul-betul memerlukan. Saya hanya nak tolong apa yang termampu.

    Mohon kongsi kepada yang memerlukan.

    Ada lima bilik

    Bagaimanapun, Izzkandar berkata kediamannya tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap namun masih boleh tinggal di situ.

    Saya nak tawarkan pada mangsa yang betul-betul memerlukan tempat tinggal untuk tinggal di sini secara percuma.

    Rumah ini ada lima bilik dan lima bilik air. Setiap bilik mempunyai penyaman udara tetapi rumah tidak mempunyai kelengkapan yang cukup.

    Sebelum ini, saluran paip di sebuah stesen minyak di Putra Heights dipercayai terbakar pada 1 Syawal lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saddiq Cakap Dia Dah Bersiap Sedia Kalau Masuk Penjara’ – Syed Abdullah

    Difahamkan, kebakaran itu membabitkan saluran paip gas dan menjejaskan kediaman yang berdekatan dengan tempat kejadian.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah