28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kru Penggambaran Imbas Momen 5 Tahun Lalu, Jadi Saksi Bella Astillah Sarat Hamil Masih Bekerja – ‘Dia Tak Pernah Merungut’

    Shopee Sale



    Ketabahan hati seorang wanita dapat dilihat pada pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang sentiasa bertungkus lumus mencari rezeki.

    Ibu yang cekal

    " data-video-id="7480042031302085895" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @faez.my

    Replying to @imahyahya84 Saya salah seorang krew 5 tahun lepas jadi saksi, Bella Astilla sarat mengandung masih lagi bekerja! Memang patut digelar iron lady ? , sejak akhir2 ni tgk video2 Bella saya tersenyum sorang2.. sy godek2 dan jumpa video lama2 ni. Tanda sokongan sy pada Bella Astilla , komen skit dibawah team Bella, apa harapan korang pada pasangan Bella nanti ya? ??? #bellaastillah

    ? original sound – faez.my – faez.my

    Seorang individu yang dipercayai kru penggambaran, mengimbas kembali momen ketika Bella sedang sarat hamil namun tetap menjalankan tanggungjawabnya.

    Kru yang dikenali sebagai Faez itu berkata, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah sentiasa berdisiplin dan memberikan komitmen penuh sepanjang penggambaran.

    Saya salah seorang kru dan lima tahun lepas jadi saksi Bella sarat mengandung masih lagi bekerja. Memang patut digelar iron lady.

    Kuatnya seorang Bella, sarat mengandung pun seharian shooting.

    Datang tepat masa dan tak merungut apa-apa.

    Dalam masa yang sama, Faez turut mendoakan agar aktres berusia 31 tahun itu menemui kebahagiaannya.

    Yang lama biarkan berlalu, saya doakan yang terbaik buat Bella dan dot dot dot.

    Sejak akhir-akhir ini tengok video Bella tersenyum seorang dan terjumpa pula video lama ini.

    Netizen kagum

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu sebagai seorang wanita luar biasa dan kagum dengan kecekalannya.

    MENARIK:  Fauziah Sarman Berkongsi Gambar Anak dan Cucu, Netizen Berdoa Keluarga Bersatu Kembali - ‘Air Dicincang Tidak Akan Putus’

    Untuk rekod, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah