Pelakon, Datuk Aaron Aziz menegur segelintir pihak yang menunggang kes tular demi mendapatkan perhatian dan pujian.
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Tawar Peluang Kedua Kepada Bekas Banduan – ‘Semua Orang Pernah Buat Silap’
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Pernah Bantu Mangsa Buli – ‘Ada Yang Tidur Dengan Pisau, Ibu Bapa Dia Hubungi Minta Bantuan Saya’
Ambil kesempatan
Ketika ditemui , pemilik nama Aaron Mustapha Aziz, 49, menyifatkan pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu semasa merupakan golongan hipokrit.
Ujarnya, setiap individu perlu bersikap adil dengan membela setiap kes dan bukan hanya bersuara isu tular.
Banyak lagi isu di Malaysia yang boleh bersuara contohnya kes penderaan, buli atau kesihatan mental. Kenapa tak bersuara?
Kalau nak bela, bela semua orang. Jangan hanya kerana Gaza dapat naikkan nama, dapat tumpuan dan pujian, baru sibuk nak jadi aktivis. Itu hipokrit.
Lagi satu, saya tak suka orang tunggang sesuatu isu contohnya kes arwah Zara. Ada yang jual baju-T, buat kenyataan dan tiba-tiba jadi aktivis lakukan siaran langsung.
Pada saya itu hipokrit, dah tular baru sibuk. Dapat naikkan nama, dapat tumpuan, pengikut baharu dan pujian daripada orang.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada malam majlis pelancaran Muaz Exclusive Brand yang berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Jangan dipaksa

Dalam pada itu, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti berpendapat pempengaruh atau selebriti berhak memuat naik apa saja hantaran di media sosial.
Menurut Aaron, selebriti tidak sewajarnya dipaksa untuk bersuara mengenai isu semasa demi memenuhi permintaan netizen.
Kita tak boleh paksa orang bersuara hanya sebab diminta. Tak bersuara tak semestinya mereka tak sokong.
Ada yang saya kenal walaupun diam, tapi mereka menderma secara senyap. Lebih baik begitu daripada sekadar ‘repost’ tetapi tiada tindakan.
Doa, usaha atau hubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahih untuk hulur bantuan itu lebih penting.
The post [VIDEO] ‘Kita Tak Boleh Paksa Orang Bersuara Hanya Sebab Diminta’ – Aaron Aziz first appeared on OHBULAN!.





