28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Khairul Aming Gembira Ramai Kongsi Video Masakan, Sempat Berseloroh – ‘Tolong Aku Merayu Jangan Derhaka Resipi’

    Shopee Sale



    Personaliti media sosial, Khairul Aming meminta orang ramai supaya tidak ‘menderhaka’ resipi yang dikongsikan sepanjang Ramadan pada kali ini.

    Banyak yang menjadi

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu berkata dia terhibur melihat kerenah orang ramai yang berkongsi hasil masakan mereka di media sosial.

    Sepanjang lapan tahun buat video masak, saya rasa tahun ini paling menghiburkan tengok gelagat netizen masuk dapur dan memasak.

    Sebenarnya ramai buat menjadi kerana ribuan orang telah mencuba resipi yang dikongsikan cuma yang tidak jadi (video mereka yang gagal) itulah yang masuk dalam for you page (fyp) sebab banyak engagement.

    Kalau video yang menjadi pula orang tidak komen. Bila fyp banyak lalu video yang tidak menjadi, netizen akan membuat andaian resipi yang dikongsikan tidak menjadi.

    Saya nak pesan tolong ikut dengan teliti resipi saya sebab penat R&D cuma ada yang derhaka resipi. Tolong, saya merayu jangan derhaka.

    Ramai masuk dapur

    Sementara itu, Khairul Aming yang juga mesra disapa KA meluahkan rasa gembira apabila orang ramai terutamanya mereka yang tidak mahir mengambil inisiatif untuk mencuba memasak menggunakan resipinya.

    Kena ingat, tidak semua mempunyai level memasak yang sama. Ada yang setahun sekali, ada yang tak pernah masak langsung.

    Saya nampak ramai adik-adik yang dah mula masuk dapur dan ia satu langkah yang baik.

    Tambah KA, dia juga berharap agar orang ramai menyukai resipi Ramadan yang dikongsikan pada kali ini selain bangga dengan golongan muda yang mahu menambah kemahiran dalam memasak.

    MENARIK:  Alasan Peribadi Mengapa Saya Nak Bersara - Nazim Othman

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah