26.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kesopanan Amira Othman Terserlah, Ambil Berkat Dalam Majlis Khatam Al-Quran Sebelum Bergelar Isteri

    Shopee Sale

    Penyanyi dan juga bakal pengantin perempuan, Amira Othman telah mengadakan majlis khatam Al-Quran pada pagi Ahad, sebelum bergelar isteri kepada aktor, Fattah Amin.

    Artikel Berkaitan: Peminat Anjur Majlis Bacaan Yassin & Doa Kesyukuran Sempena Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Akui Amira Othman Berhati-Hati Soal Jodoh – ‘Saya Yakin Dia Gembira, Muka Berseri Bila Dengan Fattah’

    Majlis khatam

    Menerusi perkongsian di Instagram Story milik pendakwah iaitu Ustazah Asni Mansor, kelihatan keayuan dan kesopanan Amira ketika dia berjalan memasuki ke ruangan hadapan dewan.

    Amira yang mengenakan jubah berwarna beige itu bersama-sama membaca ayat suci Al-Quran dan majlis diketuai oleh Ustazah Asni.

    Dalam masa yang sama, Ustazah Asni juga memberi perkongsian tentang Al-Quran dengan semua tetamu yang hadir selain turut mengalunkan selawat kepada Rasulullah SAW.

    MENARIK:  Mak yang Membenarkan Anak Membuat Perbuatan Jahat Sudah Berada Sejak Dulu Kala - Rita Rudaini

    Terdahulu, Fattah membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

    Pada majlis tersebut Fattah mengakui status perhubungan mereka dan pasangan itu bakal diijab kabulkan pada hari ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.

    Saksikan Siaran Langsung Eksklusif Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira melalui aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi pada 14 September 2025, jam 8 malam! Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv. 

    Sumber: IG Ustazah Asni Mansor

    The post [VIDEO] Kesopanan Amira Othman Terserlah, Ambil Berkat Dalam Majlis Khatam Al-Quran Sebelum Bergelar Isteri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah