
Pengacara dan personaliti TV3, Anim Ezati tampil bersuara mengenai isu bariatrik yang sering menjadi bahan perbincangan lebih-lebih lagi bila ada selebriti atau influencer tiba-tiba tampil dengan perubahan fizikal ketara.
Isu bariatrik

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Anim mengkui dia sendiri pernah menjalani prosedur bariatrik dan tidak melihatnya sebagai satu perkara memalukan.
Sebaliknya, dia pelik mengapa masih ada pihak yang seolah-olah mahu menyembunyikan kebenaran di sebalik kisah penurunan berat badan mereka.
Baru-baru ni ada kecoh tentang seorang influencer yang dulu badan dia besar dan sekarang dia dah kurus. Orang kata dia buat bariatrik tapi dia kata dia kurus sebab buat clean diet.
Sebagai seorang yang pernah buat bariatrik, saya pelik kenapa mesti kena tipu tentang bariatrik. Sebab bagi saya buat bariatrik ni sesuatu perkara yang awak mampu dan layak, dan kalau doktor kata awak boleh buat bariatrik then awak boleh buat. Tak ada masalah dan tak salah pun.
Kenapa malu nak mengaku buat bariatrik?
Anim menegaskan bahawa bariatrik adalah satu langkah positif bagi mereka yang benar-benar layak dan disarankan oleh pakar. Malah, prosedur tersebut jauh lebih selamat berbanding pengambilan ubat kurus yang tidak diketahui kandungan sebenar.
Apa salahnya potong usus? Kenapa kita sangat malu untuk mengakui kita potong usus atau bariatrik.
Saya tak faham kenapa malu sangat nak mengaku yang kau buat bariatrik dan saya tak faham kenapa ada orang cakap yang oh sebenarnya kau buat bariatrik. So? Its okay, diorang mampu.
Lagi bagus sebenarnya buat bariatrik daripada makan ubat kurus yang kita tak tahu asal usul ubat tu, mungkin bahan dia boleh menyebabkan masalah dlam jangka masa panjang.
Anim turut menyentuh mengenai selebriti atau pempengaruh yang menjual produk kurus selepas menjalani rawatan, tetapi enggan mengakui telah melalui pembedahan. Menurutnya, tindakan seperti itu seakan mengambil kesempatan dan mengelirukan orang ramai.
Kalau korang kata nak jual produk selepas korang kurus, korang yang nak ambil kesempatan tu, kena ingat bahawa netizen ni senang nak cari, korek maklumat. Jadi tak perlu lah menjadikan alasan itu sebenarnya.
Tambah Anim lagi, masyarakat seharusnya lebih terbuka untuk mendidik orang ramai tentang prosedur seperti bariatrik, bukan mewujudkan stigma negatif yang hanya menambah tekanan terhadap individu yang benar-benar memerlukan bantuan.





