Reaksi pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz apabila anak perempuannya, Dwi Ariana membuat kejutan pulang ke tanah air meraih perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Kurang Senang ‘Influencer’ & Artis Buat ‘Content’ Tak Bermanfaat – ‘Jaga Tepi Kain Sendiri Sudahlah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz Dedah Pernah Terima ‘Payment’ Lambat Hampir Sebulan – ‘Saya Terus Buka Mikrofon, Kata Tak Nak Shooting’
Buat kejutan

Menerusi perkongsian di TikTok, Dwi memuat naik video memaparkan keluarganya terkejut ketika melihat kelibatnya di sebuah restoran.
Difahamkan, Dwi melanjutkan pelajaran di luar negara di peringkat universiti selepas tamat pengajian sekolah pada tahun lepas.
Perkongsian itu meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya terhibur melihat reaksi pelakon yang berasal dari Singapura itu.
Sesetengah warganet juga berasa sebak melihat kasih sayang Aaron terhadap anak-anaknya.
Sementara itu, Aaron yang sedar klip tersebut menjadi viral berkata setiap bapa mempunyai cara yang tersendiri dalam menyayangi anak-anaknya.
Kasih sayang saya terhadap anak-anak semua sama rata.
Saya baca komen, ada yang mengatakan mereka berharap bapa mereka memberi reaksi yang sama seperti saya.
Sila ketahui setiap bapa menyayangi anak-anak mereka dengan cara yang tersendiri.
Cara yang berbeza tidak bermakna bapa tidak sayang.
Saya berdoa anda semua mendapat kasih sayang yang sama.
Video tersebut menjadi tular selepas meraih jumlah tontonan lebih 2 juta.
Sumber: TikTok, Instagram
The post [VIDEO] ‘Kasih Sayang Saya Terhadap Anak-Anak Sama Rata’ first appeared on OHBULAN!.





