28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Daniel Sher Rasa Tenang Pertama Kali Masuk Masjid

    Shopee Sale

    Bintang Big Stage Alpha, Daniel Sher berkongsi pengalaman menziarahi Masjid Shah Alam dengan ditemani dua rakannya, Rizal Rasid dan Afiq Sky, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Ariel Fesol Berhenti Kerja Pramugara – ‘Saya Sudah Fikir Masak-Masak’

    Artikel Berkaitan: Ariel Fesol Juara Big Stage Alpha, Penantian 16 Tahun Berbaloi

    Rasa tenang

    Mengakui pertama kali menjejakkan kaki ke dalam masjid, Daniel, 35, yang berbangsa Gurkha berkata, perasaannya sangat tenang sewaktu ke sana.

    Itu adalah pengalaman pertama saya masuk masjid, Rizal yang bawa saya pusing-pusing sekitar masjid. Dia beri saya banyak informasi dan ilmu tentang masjid.

    Saya rasa sangat tenang apabila masuk ke masjid, rasa sangat dialu-alukan. Walaupun saya bukan beragama Islam, tiada pun yang pandang serong terhadap saya.

    Daniel berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Akhir Big Stage Alpha yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam, pada Ahad.

    MENARIK:  Cakra Khan Takluk Malaysia & Sigapura, Hadiahkan ‘Divine Concert’ Buat Peminat

    Tambah pemuda asal Kluang, Johor itu, dia juga memperoleh banyak ilmu baharu yang diberikan oleh Rizal kepadanya.

    Rizal beritahu, setiap langkah menuju ke masjid akan dapat pahala, itu antara ilmu yang diberikan kepada saya.

    Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama, etnik dan budaya. Itulah yang menjadikan negara kita sebuah negara yang indah.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai perasaan sekadar meraih tempat keempat dan tersasar dari ramalan orang ramai yang menjangkakan dia bakal bergelar juara, Daniel ada jawapan sendiri.

    Sesiapa pun boleh buat ramalan masing-masing, namun objektif utama saya adalah mahu terpilih dalam kumpulan Alpha.

    Sebelum ini saya bergerak solo dan tak menjadi, mungkin dengan rezeki menjadi kumpulan Alpha permulaan yang baharu untuk kerjaya seni saya sebagai penyanyi.

    The post Daniel Sher Rasa Tenang Pertama Kali Masuk Masjid first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah