26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kaka Azraff & Bekas Suami Mesra Di Sebuah Acara, Beri Bayangan Cinta Kembali Bertaut? – ‘I Love You A Trillion’

    Shopee Sale



    Penyanyi Kaka Azraff dilihat hadir bersama bekas suaminya, Adam Azriff di sebuah acara yang berlangsung pada Rabu.

    Hadir bersama

     

    View this post on Instagram

    A post shared by @helloadamazriff

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Adam memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama Kaka hadir ke acara tersebut malah kelihatan mesra bersama.

    Dalam pada itu, Adam turut memuat naik foto mereka di acara berkenaan beserta kapsyen dan emoji hati berwarna merah.

    Apabila mereka mengatakan segalanya telah pun tertulis, saya berdoa kepada Allah agar namamu tertulis di sebelahku.

    I love you a trillion.

    Kembali bersama?

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa mereka sudah kembali bergelar suami isteri.

    MENARIK:  [VIDEO] Usia 71 Tahun, Pakcik Zakaria Gigih Jadi Penghantar Makanan Demi Menampung Kos Rawatan Anak

    Dalam masa yang sama, mereka turut gembira melihat pasangan itu dan bersyukur cinta antara mereka kembali bertaut.

    Terdahulu, media melaporkan seorang artis wanita terkenal didakwa telah kembali rujuk bersama bekas suaminya dalam tempoh idah.

    Untuk info, Kaka dan Adam telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.

    Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah