25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Jangan Jadikan Kemiskinan Sebagai Hiburan’ – Lelaki Orang Asli Tegur Pempengaruh

    Shopee Sale

    Seorang warga orang asli tampil bersuara ekoran konten yang dibuat oleh seorang pempengaruh semasa mengunjungi kampung Orang Asli suku Batek di Pahang baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Hanya Bergurau Dengan Uwais, Enggan Panjangkan Isu Samakan Dengan Orang Asli

    MENARIK:  ‘Saya Pernah Dipukul & Kena Tarik Rambut Dengan Senior Sekolah’ – Liyana Jasmay 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Sebut ‘Bau Dia Agak Kuat’, Netizen Nasihat Jaga Adab Di Tempat Orang

    Teguran

    " data-video-id="7594098780811595028" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ayrie_7

    Apa Pendapat Korang???mungkin Ada Yang Setuju Mungkin Ada Yang Tak Setuju #18sukuorangaslimalaysia🇲🇾 #fypシ #fyp #KamiMasihWujud #fypシ゚viral🖤tiktok

    ♬ Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – Azzmeir Yunadi 🎤🎶

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Ayrie berterima kasih pada pempengaruh berkenaan atas masa dan usaha mengunjungi perkampungan orang asli.

    Bagaimanapun, Ayrie berpendapat bahawa setiap tetamu perlu menghormati tempat yang dikunjungi dengan menjaga pertuturan.

    Terima kasih pada pempengaruh yang ada buat video melawat kampung orang asli suku Batek.

    Bagi saya, sebagai tetamu tak perlu komen atau menunjukkan apa yang tidak baik di tempat orang supaya kita menjaga hati dan perasaan tuan rumah.

    Walau bagaimanapun, terima kasih sebab sudah menunjukkan suasana dan kehidupan seharian di suku Batek.

    Dalam pada itu, Ayrie sebagai wakil komuniti orang asli akui menerima sesiapa saja untuk mengunjungi perkampungan orang asli sebagai tetamu.

    Namun, adab perlu diutamakan demi menjaga perasaan dan hati tuan rumah.

    Kami sebagai orang asli terima saja sesiapa yang mahu masuk ke tempat kami sebagai tetamu.

    Tapi kalau datang, datang lah dengan hormat. Fahamkan dahulu apa yang mahu dirakam.

    Saya bukan nak cari salah sesiapa tapi supaya kita semua belajar untuk bawa adab walau di mana saja kita berada.

    Jangan jadikan kemiskinan orang lain sebagai hiburan dan budaya sebagai bahan lawak.

    Imbas kembali, seorang pempengaruh mencetuskan rasa berang antara netizen apabila mendakwa terdapat bau yang kurang senang di kawasan perumahan orang asli yang dikunjunginya. 

    Sumber: TikTok @Ayrie

    The post [VIDEO] ‘Jangan Jadikan Kemiskinan Sebagai Hiburan’ – Lelaki Orang Asli Tegur Pempengaruh first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah