Media Prima merupakan rakan media rasmi bagi Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 yang bakal berlangsung di The Hood, Kuala Lumpur, dari 9 hingga 13 September depan.
Artikel Berkaitan: Leapmotor Sertai PPA Tour Asia Sebagai ‘Present Partner’ Singapore Open & Kuala Lumpur Cup
Aksi pemain dunia

Selama lima hari, kejohanan Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) Tour itu bakal menghimpunkan pemain pickleball terbaik dunia untuk berentap di Kuala Lumpur.
Bukan sekadar menyaksikan aksi di gelanggang, peminat turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti di Pickletown, termasuk sajian makanan, permainan, cabutan bertuah serta barangan eksklusif sepanjang kejohanan berlangsung.
Bagi peminat yang mahu mengikuti keseluruhan kejohanan, Dinker GA Season Pass (tiket lima hari) menawarkan akses ke pusingan kelayakan, perlawanan sengit serta kemuncak kejohanan pada Championship Sunday.
Pemegang pas turut boleh menikmati tempat duduk umum dan akses ke seluruh kawasan Pickletown, selain kemudahan keluar masuk sepanjang lima hari.
Sementara itu, Banger & Dinker GA (tiket sehari) memberikan akses sehari ke GA Left Stand yang terletak di belakang pemain, sekali gus membolehkan penonton menyaksikan aksi dengan lebih dekat.
Dinker pula menawarkan akses ke GA Right Stand dengan pemandangan gelanggang yang membolehkan penonton mengikuti setiap detik perlawanan.
Bagi yang mahukan pengalaman lebih eksklusif, VIP Pass menyediakan tempat duduk khas dengan pemandangan terbaik serta akses ke VIP Lounge yang menawarkan makanan dan minuman. Pemegang pas juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pemain profesional sepanjang kejohanan.
Lebih istimewa, Premium Courtside Pass menawarkan tempat duduk barisan hadapan di Championship Court, akses ke VIP Lounge, makanan dan minuman, sesi bertemu pemain profesional, laluan masuk khas serta Official Tournament Merch Pack bernilai lebih RM2,000. Tempat duduk courtside adalah terhad.
Barangan eksklusif

Peminat juga boleh mendapatkan barangan eksklusif Leapmotor Kuala Lumpur Cup di lokasi acara, termasuk baju rasmi, mini paddle, barangan koleksi dan banyak lagi. Semua barangan adalah eksklusif untuk kejohanan ini dan tertakluk kepada stok yang tersedia.
Baucar barangan eksklusif turut boleh diperoleh menerusi pra-tempahan sebelum acara bagi mendapatkan nilai tambahan ketika membuat pembelian di kedai rasmi.
Jumpa anda di The Hood atau saksikan siaran langsung menerusi Tonton!
The post Pemain Pickleball Terbaik Dunia Bakal Meriahkan Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 first appeared on OHBULAN!.





