28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tune Talk Epik+ 50 Kini Tawarkan E-Roaming Percuma Untuk Umrah & Haji

    Shopee Sale

    Bayangkan baru je landing di Arab Saudi. Lepas tu kena fikir nak beli SIM kad. Cari WiFi pula bukan mudah.

    Nak aktifkan roaming pun ambil masa. Memang boleh mengganggu fokus, kan? Sedangkan korang datang ke Tanah Suci untuk beribadah, bukannya nak pening fikir soal sambungan internet.

    Sebab itu, semakin ramai memilih pengalaman yang lebih mudah,  landing je, terus connected.

    Roam As Home! Landing je terus online dengan Tune Talk Epik+ 50 

    Inilah yang ditawarkan oleh Tune Talk Epik+ 50 menerusi pengalaman Roam As Home.

    Kini, pengguna Tune Talk Epik+ 50 boleh menikmati E-Roaming Percuma* di Arab Saudi. Tak perlu lagi beli SIM kad tempatan atau roaming pass sebelum berlepas.

    Lagi mudah, telefon korang akan auto-connect ke rangkaian yang tersedia sebaik saja mendarat. Terus boleh guna internet macam biasa.

    Lebih tenang fokus pada ibadah 

    Bagi jemaah Umrah dan Haji, internet bukan sekadar untuk scroll media sosial.

    Ia memudahkan korang untuk berkongsi khabar dengan keluarga di Malaysia, buat panggilan video dengan insan tersayang, berkongsi detik bermakna di Tanah Suci dan menerima maklumat penting sepanjang perjalanan.

    Bila urusan sambungan internet dah tersedia, korang boleh beri lebih fokus kepada perkara yang lebih utama, ibadah.

    Bukan Arab Saudi je, malah 13 negara lain

    Tune Talk Epik+ 50 turut menawarkan E-Roaming Percuma* di 13 destinasi pilihan rakyat Malaysia.

    Antaranya ialah Arab Saudi, Jepun, Thailand, Indonesia, Singapura, India, Vietnam, Filipina, Korea Selatan, Kemboja, Australia, New Zealand dan Brunei.

    MENARIK:  ‘Saya Kekalkan Hubungan Baik Dengan Artis Senior, Tanpa Mereka Tiadalah Yang Baru’ – Fasha Sandha

    Lebih menarik, Tune Talk juga akan memperluaskan lagi liputan E-Roaming ke lebih banyak negara tidak lama lagi.

    Jadi sama ada korang ke Tanah Suci, bercuti bersama keluarga atau atas urusan kerja, pengalaman Roam As Home memastikan korang terus kekal berhubung dengan lebih mudah. 

    Tak perlu lagi pening fikir nak beli SIM kad tempatan atau aktifkan roaming setiap kali tiba di destinasi.

    Jadi, adakah pelan telco korang sekarang betul-betul memberikan nilai yang sama dan berbaloi? 

    Kalau setiap kali nak ke luar negara korang masih perlu fikir soal roaming, mungkin dah tiba masanya untuk lihat semula apa yang sebenarnya ditawarkan oleh pelan telco korang.

    Dengan Tune Talk Epik+ 50, korang bukan saja menikmati pengalaman Roam As Home bersama E-Roaming Percuma* di Arab Saudi serta 13 negara terpilih. Malah, pelan ini turut didatangkan dengan 500GB internet, Ultra Fast 5G sepanjang hari, serta Insurans PA sehingga RM150,000*, semuanya dalam satu pelan untuk memberi lebih nilai kepada pengguna.

    Jadi, adakah pelan telco korang sekarang benar-benar memberikan kemudahan dan nilai yang sama? Atau dah tiba masanya untuk “Kasi Tune” kepada sesuatu yang lebih berbaloi?

    Ketahui lebih lanjut mengenai Tune Talk Epik+ 50 dan semua manfaat yang ditawarkan, kemudian Kasi Tune bersama Tune Talk hari ini.

    The post Tune Talk Epik+ 50 Kini Tawarkan E-Roaming Percuma Untuk Umrah & Haji first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah