31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Sales’ Khairul Aming Cecah RM42 Juta Pada 2024, Rancang Buka Kilang Ketiga & Keluarkan Produk Baharu

    Shopee Sale



    Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti ramai yang tahu mengenai perniagaan Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi yang diusahakannya.

    ‘Sales’ Rm42 juta

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

    Terbaharu, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman ini berkongsi satu pencapaian luar biasa mengenai perniagaannya yang sudah memasuki tahun kelima itu.

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Khairul memaklumkan hasil jualannya sepanjang tahun 2024 sangat membanggakan apabila mencapai RM42 juta bagi setiap penjualan.

    Ujar Khairul, jualan pada tahun lalu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 110 peratus berbanding hanya RM20 juta yang dicatatkan pada tahun 2023.

    Sukacita nak kongsikan kepada korang semua, yang Alhamdulillah jualan produk Khairulaming untuk tahun 2024 mencecah RM 42 Juta, iaitu peningkatan sebanyak 110% dari tahun sebelumnya (RM 20 juta).

    Rancang buka kilang ketiga

    Sementara itu, pempengaruh berusia 33 tahun ini turut mendedahkan bakal membuka kilang ketiga di Kelantan serta memperkenalkan produk ketiga dan perluaskan pasukan livestream.

    Untuk tahun 2025 fokus kita adalah untuk buka kilang ketiga di Kelantan, keluarkan produk ketiga dan expand lagi team livestream.

    Terima kasih semua atas sokongan, Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun kelima kita berniaga.

    Harap boleh ‘expand’ lagi untuk tahun-tahun akan datang.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan kejayaan Khairul Aming serta mendoakan perniagaannya terus sukses di masa akan datang.

    MENARIK:  Jawapan Teuku Ryan mengenai tuduhan meminta duit nafkah daripada Ria Ricis

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah