
Pelakon Jabir Meftah menyorot perhatian warganet kerana sikapnya yang sentiasa menjaga batas ketika bersalaman.
Jaga batas
Mau salam pun kena tanya “sudah baligh belum ?” #arrafiviral #arrafiofficial #jabirmeftah
? Marhaban Ya Ramadan – Lux-Inspira
Menerusi perkongsian di TikTok, Jabir yang dipercayai sedang berada di Indonesia itu dilihat memberi sampul wang kepada beberapa orang kanak-kanak perempuan.
Menurut pemilik video berkenaan, sebelum bersalaman Jabir akan bertanya kepada kanak-kanak tersebut sama ada mereka sudah akil baligh atau belum.
Nak salam pun ditanya dahulu, sudah baligh atau belum.
Komen netizen
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan bekas finalis program Hero Remaja itu yang menitikberatkan syariat agama meskipun ketika menghulurkan bantuan.
Masya-Allah betul-betul menjaga kesucian kaum perempuan.
Kebanyakkan orang Malaysia lelaki dan perempuan Muslim akan jaga batas, mereka tidak akan sebarangan salam kecuali dengan anak kecil.
Bagus juga dia tanya macam tu daripada tersalah salam.
Dia tanya dulu sebab sekarang ada juga perempuan yang berusia 10 tahun tapi sudah baligh.





