28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita PKR selar Umno NS khianati mandat rakyat

    Shopee Sale

    Wanita PKR Pusat menzahirkan rasa kesal terhadap Umno-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang didakwa jelas mengkhianati mandat kestabilan yang diharapkan rakyat.

    Menerusi kenyataan hari ini, sayap parti itu memaklumkan ketika negara sedang berdepan cabaran ekonomi dan tekanan kos sara hidup, tindakan tersebut membuktikan keutamaan sempit pihak terbabit yang sanggup mengorbankan kestabilan demi percaturan kuasa politik.

    “Ini bukan hanya pengkhianatan terhadap Kerajaan Perpaduan, tetapi terhadap rakyat yang amat memerlukan kestabilan politik untuk menghadapi tekanan kos sara hidup, bukan permainan kuasa sempit,” menurut kenyataan itu.

    Wanita PKR Pusat pada masa sama menegaskan pendirian untuk berdiri teguh bersama Pakatan Harapan (PH) dalam menolak sebarang bentuk pengkhianatan politik demi melindungi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

    Sayap parti itu turut memaklumkan pihaknya memberikan komitmen tidak berbelah bahagi untuk mempertahankan perananan serta fungsi institusi Raja-Raja Melayu sebagai pelindung kepada kedaulatan Perlembagaan.

    MENARIK:  'Tiada jual sama orang keling' - Video penjual jagung rasis tular

    Isnin lepas, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno-BN Negeri Sembilan sebulat suara menarik sokongan serta menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, sekali gus mencetuskan krisis politik di negeri berkenaan.

    Semalam, PH menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan kesemua Adun Umno-BN Negeri Sembilan itu yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri.

    Pengarah Komunikasi PH Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan berkenaan disifatkan sebagai tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah