
Kemelut rumah tangga yang pernah berlaku pada pelakon dan penyanyi Bella Astillah sebelum ini pastinya memberikan kesan yang mendalam terhadap dirinya terutama apabila dia diuji dengan kesetiaan pasangan.
Cari yang setia
??? #bellaastillah #syedsaddiq #fyp #foryoupage #viralvideo
? bunyi asal – Bella Astillahhh – Bella Astillahhh
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah dilihat sedang mempromosikan produk kecantikannya.
Aktres berusia 31 tahun tersebut kemudian berkata, dia akan lebih berjaga-jaga dalam perhubungan andai diberi kesempatan untuk bercinta lagi.
Kenapa letak kod ‘loyal’ di gincu ini..sebab setia. Tapi setialah pada orang yang tepat.
Kali ini saya akan lebih berhati-hati, kita setia pada orang yang tepat.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar Bella dikurniakan cinta seperti yang diharapkannya.
Kejadian lalu membuatkan Bella berhati-hati, semoga Bella dapat kesetiaan yang diharapkan. Insya-Allah.
Masih nampak di air muka Bella, kepahitan lalu masih mengganggu emosinya.
Betul Bella, hati-hati untuk hati sendiri. Hati manusia ini berbolak balik.
Untuk rekod, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.





