30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS jangka senario politik baru selepas PRN Negeri Sembilan

    Shopee Sale

    Pemimpin PAS melihat kerjasama BN dan PN dalam pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan akan membentuk satu senario politik baru di Malaysia.

    Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu akan berlaku sekiranya BN dan PN memperoleh majoriti undi pada 1 Ogos nanti.

    “Susulan kerjasama itu, seandainya PN memenanginya kita akan bersama membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.

    “Dan (ini) menjadikannya sebagai satu senario politik baru di Malaysia,” katanya melalui mesej ringkas kepada Malaysiakini, hari ini.

    Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika ditanya adakah PN bersedia membentuk kerajaan negeri bersama BN jika diberikan mandat oleh pengundi dalam PRN Negeri Sembilan nanti.

    Semalam PN mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi pada PRN Negeri Sembilantanpa melibatkan Bersatu yang juga salah satu komponennya.

    MENARIK:  KM baru perlu gabungan sifat akomodatif dan lantang, kata Chow

    PAS akan bertanding di lima kerusi, Wawasan di empat kerusi, manakala Gerakan dan MIPP masing-masing di satu kerusi.

    Pejuang yang juga komponen PN tidak menyertai PRN berkenaan, manakala Bersatu akan bertanding secara berasingan selepas didakwa dipinggirkan daripada gabungan itu.

    Keputusan PN bertanding di 11 kerusi dilihat sebagai pelengkap kepada 25 kerusi lagi yang ditandingi BN sekali gus mewujudkan kerjasama antara kedua-dua gabungan itu.

    PRN Negeri Sembilan akan membuka tirai dengan hari penamaan calon dijadualkan berlangsung esok, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.

    BN dan PN akan mencabar PH di kesemua 36 kerusi selain dijangka turut berdepan wakil-wakil Bersatu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah