31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Strategi BN-PN sudah dijangka, PH akan beri saingan sengit, kata Loke

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi sebarang gerakan politik menjelang pilihan raya (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, termasuk menghadapi pakatan antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

    Menurutnya, berdasarkan perkembangan politik yang berlaku sebelum ini, termasuk pada PRN Johor, PH tidak akan tergugat dengan sebarang percaturan pihak lawan.

    Mereka, sebaliknya akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kekuatan jentera sendiri dan keutamaan PH ketika ini ialah memperkukuh kesepakatan dalam kalangan parti komponen bagi memenangi kerusi yang ditandingi.

    "Ini (strategi PN dan BN) sudah pun dijangka dan jelas... itu adalah pilihan mereka. Jadi, PH akan fokus kepada kekuatan kita sendiri untuk memenangi kerusi yang ditandingi.

    "Apa yang penting ialah kekuatan dan kesepakatan dalam kalangan komponen PH sendiri untuk menghadapi pilihan raya.

    “Apa sahaja cabaran dan persaingan, saya rasa akhirnya ia adalah pilihan rakyat," katanya yang dipetik oleh Bernama di Seremban, hari ini.

    Rakan boleh dipercayai

    Loke berkata demikian ketika diminta mengulas kerjasama BN dan PAS berhubung strategi pengagihan kerusi serta rundingan kawasan bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

    Malam semalam, BN mengumumkan senarai calon bagi 25 kerusi DUN untuk PRN Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 1 Ogos ini, manakala baki 11 lagi kerusi masih dalam proses rundingan akhir.

    Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan yang membuat pengumuman itu berkata, BN tidak akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN kerana gabungan itu ada “kerjasama dengan rakan yang boleh dipercayai”.

    MENARIK:  Adun PKR ingatkan kerajaan jangan musuhi gerakan masyarakat sivil, NGO

    Pengumuman itu sekali gus menguatkan desas desus bahawa BN mengadakan kerjasama politik dengan PN, khususnya PAS dan Wawasan di Negeri Sembilan.

    Daripada 36 kerusi DUN, Umno akan mempertahankan kesemua 14 kerusi yang dimilikinya.

    MCA pula akan bertanding di tujuh kerusi, manakala MIC bertanding dua kerusi.

    Semua pihak dakwa dapat sokongan

    Mengulas persaingan yang dijangka sengit, termasuk dakwaan berhubung kemungkinan peralihan sokongan pengundi Cina kepada parti lawan seperti MCA, Loke berkata perkara itu terserah kepada kebijaksanaan rakyat untuk membuat pilihan.

    "Kita (PH) juga akan memberikan saingan yang sengit. Saya rasa tidak perlu mengulas terlalu banyak kerana sebelum pilihan raya semua pihak boleh mendakwa mereka mendapat sokongan.

    “Yang penting ialah keputusan pada hari pengundian nanti," katanya.

    Loke, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, berkata prestasi pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar Aminuddin Harun sejak 2018 menjadi sandaran utama PH untuk terus meraih keyakinan rakyat.

    Keputusan DAP di Melaka muktamad

    Sementara itu, mengulas kemelut politik di Melaka susulan tindakan DAP Melaka menarik diri daripada pentadbiran negeri berhubung isu pelantikan Adun Lantikan, dia berkata keputusan itu adalah muktamad.

    "Kita telah pun menyatakan pendirian semalam dan menghormati keputusan yang diambil oleh DAP Melaka.

    "Kerajaan negeri juga telah membuat pelarasan semula kedudukan kerusi di dalam DUN, jadi perkara itu sudah menjadi kenyataan dan muktamad," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah