26.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Isteri Anggota FRU Reda, Tidak Salahkan Pemandu Lori – ‘Arwah Pernah Impi Kematian Yang Didoakan Orang Ramai’

    Shopee Sale



    Isteri kepada Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri yang merupakan salah seorang daripada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam kemalangan maut di Teluk Intan pada 13 Mei lalu, enggan menyalahkan pemandu lori batu atas kematian suaminya.

    Tak salahkan pemandu lori

    Menerusi video yang dimuat naik wartawan Berita Harian iaitu Muhammad Zulsyamini, wanita yang bernama Norazian Mohd Joned itu menganggap kematian arwah suaminya bersama lapan anggota lain sebagai takdir Allah.

    Kita pun tak salahkan pemandu lori itu sebab arwah juga pernah cakap yang kalau dah janji Allah begitu, seminit pun tak lewat.

    Yang lain itu asbab sahaja, cara nak pergi dah memang macam itu kan?

    Begitu juga dengan lapan anggota lain, dah ditetapkan begitulah ajal mereka.

    Lebih memilukan ialah, Norazian yang ditemui ketika menerima manfaat perlindungan takaful serta khairat kematian berjumlah RM4,000 bagi skim Simpan SSPN Prime memaklumkan arwah suaminya juga pernah mengimpikan kematian yang didoakan orang ramai.

    Arwah (suami) pernah cakap yang kejadian beberapa anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas (tahun 2018), kita patut cemburu sebab kematian mereka didoa oleh ramai orang meskipun daripada orang yang mereka tak kenal.

    Mungkin masa itu dia doa juga untuk pergi dalam keadaan yang macam itu.

    Jadi bila saya ikut jenazah dalam van, saya berbicara dengan jenazah suami yang dia dapat kematian yang orang ramai doakan dia.

    Nak anak masuk tahfiz

    Foto: Sinar Harian

    Bercerita lanjut, ibu kepada tiga orang anak ini turut berkongsi bahawa arwah suaminya berhasrat untuk menghantar anak sulung mereka yang berusia 12 tahun ke sekolah tahfiz.

    Sebelum arwah meninggal dunia, dia memang berhasrat untuk hantar anak sulung masuk belajar tahfiz.

    Dia kata dia nak buat macam itu supaya ada anak-anak yang boleh tolong sama-sama masuk ke dalam syurga.

    Insya-Allah saya akan teruskan niat arwah itu.

    Pada 13 Mei lalu, sembilan anggota FRU disahkan meninggal dunia selepas lori dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

    MENARIK:  ‘Berubah Jadi Baik, Bukan Bermaksud Kita Dah Sempurna’ – Nora Danish

    Mereka yang terkorban ialah Sarjan S Perumal, 44, Sarjan Mohd Rosian Abd Rahim, 46, Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41, Koperal Nurit Ak Pandak, 34, Koperal Amiruddin Zabri, 38, Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33, dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah