31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ini Adalah Perjalanan Yang Mengambil Masa 18 Tahun Untuk Direalisasikan’ – Tiara Jacquelina

    Shopee Sale

    Penerbit dan pengarah, Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL), Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi tentang pementasan teater itu yang kini kembali dipersembahkan sejak penampilan terakhirnya pada 18 tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kaki Aisha Retno Cedera Akibat Terjatuh, Tetap Optimis Jayakan Teater PGL

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tiara Jacquelina Serba Salah Terhadap 22,000 Peminat Yang Tidak Berpeluang Beli Tiket PGLM

    Pementasan PGL

    View this post on Instagram

    A post shared by Puteri Gunung Ledang The Musical (@pglthemusical)

    Menurut Tiara, sebelum ini iaitu pada 2009, dia sudah berniat untuk tidak mahu meneruskan naskhah epik itu.

    Namun Tiara berkata, dia kerap kali disoal mengenai pementasan PGLM, sekaligus membuktikan bahawa karya itu amat dinanti-nantikan.

    Ini adalah perjalanan yang mengambil masa 18 tahun untuk direalisasikan. Sejak persembahan pentas terakhir kami pada 2009, orang ramai tidak pernah berhenti bertanya bila PGL akan dipentaskan semula.

    Setiap kali kami mementaskan pertunjukan lain, malah ketika mengadakan sidang media, soalan yang sering diajukan ialah, bila PGL akan kembali.

    Tiara berkata demikian ketika memberi ucapan semasa sesi raptai penuh pementasan itu di JCPAC pada Jumaat. 

    Bagaimanapun, selepas pujukan dan dorongan penerbit eksekutif bersama, Melissa Teoh daripada Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), pementasan itu akhirnya kembali menjadi realti.

    Kehadiran seorang wanita iaitu Melissa Teoh daripada JCPAC yang juga penerbit eksekutif bersama saya untuk pementasan ini, menjadi titik penting.

    Beliau yang meyakinkan saya dengan berkata, ‘Tiara, sudah tiba masanya untuk mengembalikan PGL.’

    Apabila saya bersetuju dengan Melissa, saya sedar perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah.

    Sebelum ini saya sudah mengadakan persembahan perpisahan. Saya juga sudah nekad ketika itu bahawa itulah pengakhiran saya bersama PGL, sekurang-kurangnya buat diri saya sendiri.

    PGLM kali ini membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya, Aqasha, Mila Mohsin, Aisha Retno, Nadia Aqilah, Luqman Hafidz, Yusuf Hashim dan Mimi Fly.

    MENARIK:  Khasiat Kaki Ayam: Sumber Kolagen Untuk Kesihatan & Kecantikan Tubuh Badan

    Bagi pementasan kali ini, Mila Mohsin dan Aisha Retno menggalas watak Gusti Puteri Retno Dumilah, begitu juga Mimi Fly dan Nadia Aqilah yang turut membawa watak Bayan.

    Aqasha diberi kepercayaan membawa karakter Hang Tuah, manakala Luqman Hafidz memegang watak Sultan Mahmud Shah dan Yusof Hashim sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat.

    Teater terbitan Enfiniti Productions itu masih mengekalkan skrip dan melodi asal, namun diberikan nafas baharu menerusi rekaan set, prop serta busana, selain muzik oleh Saiful Ridzuan atau Duan daripada kumpulan Seven Collar T-Shirt.

    Karya popular tersebut dipentaskan bermula petang ini sehingga 15 November hadapan bertempat di JCPAC.

    The post [VIDEO] ‘Ini Adalah Perjalanan Yang Mengambil Masa 18 Tahun Untuk Direalisasikan’ – Tiara Jacquelina first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah