Seorang peniaga TikTok yang dikenali sebagai Kakak Naga menyorot perhatian selepas penampilannya dilihat berbeza berbanding sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Air Mata Syukur Kakak Naga Berguguran – ‘Pernah Ditipu, Tunggu Rumah Siap 5 Tahun…Sekali Tiba-Tiba Saya Viral’
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Calon, Satu Gelaran! Siapa Bakal Bergelar Peniaga Paling Viral Tahun Ini?
Makin cantik

Menerusi perkongsian di TikTok, Kakak Naga dilihat menghasilkan kandungan sambil mempromosikan produk jualannya.
Bagaimanapun, perkongsian itu meraih perhatian warganet apabila rata-rata memuji rupa parasnya yang dilihat semakin cantik.
Hantaran tersebut turut meraih lebih 200,000 tontonan selain ruangan komen dibanjiri pujian netizen yang terpegun melihat perubahan penampilan Kakak Naga.
Komen netizen





Sementara itu, Kakak Naga tercalon sebagai Top 15 kategori Peniaga Paling Viral di Paling Viral Online 2.0.
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Imej Kakak Naga Raih Perhatian, Netizen Puji Makin Cantik – ‘Kita Bukan Tak Lawa, Cuma Tak Berduit’ first appeared on OHBULAN!.





