Pendakwah selebriti, Haris Ismail mengakui emosinya terganggu apabila dituduh tidak mempunyai tauliah dan kelayakan untuk menyampaikan ceramah agama seperti didakwa seorang pengguna Threads.
Artikel Berkaitan: PU Riz Jawab Dakwaan Tiket Wayang Sebagai ‘Refund’ Pembatalan ‘Meet & Greet’
Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Melampau Menyebut Perihal Seseorang, Tak Perlu Kutuk & Malukan’ – PU Riz
Penjelasan PU Riz

Haris atau lebih mesra disapa PU Riz, 31, berkata dia turut terkilan apabila dilabel sebagai ‘penunggang agama’ sehingga dakwaan berkenaan memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.
Menurut PU Riz, dia tidak pernah menghalang mana-mana pihak daripada mengkritik cara dia memyampaikan tazkirah, namun berharap orang ramai tidak mempertikaikan usaha serta latar belakang pendidikannya dalam bidang agama.
Saya sebenarnya sedih dengan perkara ini. Saya memberikan tazkirah kepada orang ramai, tidak salah sekiranya ada pihak yang mahu mengkritik. Mungkin mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya sampaikan dan itu perkara biasa.
Namun, apabila melibatkan kelayakan pendidikan, saya harap mereka dapat menghormati usaha dan perjalanan saya dalam menuntut ilmu.
Pada awalnya mungkin saya tidak begitu terasa, tetapi apabila berterusan menerima pelbagai kata-kata sedemikian, lama-kelamaan agak menyakitkan.
PU Riz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas bersama media yang berlangsung di pejabat guaman Faizal Rahman & Co, Setapak, pada Jumaat.
Dalam pada itu, PU Riz menegaskan dakwaan kononnya dia tidak mempunyai tauliah mengajar agama adalah tidak benar kerana sudah memperoleh pengiktirafan berkenaan sejak 2020.
Dakwaan bahawa saya tidak mempunyai tauliah itu memang agak serius. Saya sebenarnya mempunyai tauliah sejak tahun 2020 lagi dan tauliah tersebut merupakan tauliah mengajar agama.
Mengenai kelayakan pendidikan, ada juga pihak yang menulis pelbagai perkara sehingga sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya.
Untuk pengetahuan, saya pernah melanjutkan pengajian di Mesir sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Alhamdulillah, minggu lalu saya juga baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Islam di Open University Malaysia (OUM).
Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu, dia berharap penjelasan yang diberikan dapat menamatkan segala persoalan dan dakwaan berhubung kelayakan akademik serta tauliah yang dimilikinya.
Saya harap selepas ini tidak timbul lagi persoalan mengenai kelayakan pendidikan mahupun tauliah yang saya miliki. Malah, saya percaya semua maklumat tersebut boleh diakses menerusi platform berkaitan yang mengeluarkan pengiktirafan berkenaan.
Bagi kelayakan pendidikan, orang ramai boleh merujuk kepada pihak universiti, manakala untuk urusan ceramah menggunakan tauliah, maklumat itu boleh disemak di Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa PU Riz tidak mempunyai tauliah dan dilabel ‘penunggang agama’ rentetan isu pembatalan acara Nunha Meet & Greet di Johor yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober lalu yang dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan susulan keadaan jerebu.
The post [VIDEO] PU Riz Sedih Dilabel ‘Penunggang Agama’ & Didakwa Tiada Tauliah – ‘Boleh Semak Di Jabatan Mufti’ first appeared on OHBULAN!.





