31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafiqa Melvin Minta Bantuan Cari Rumah Sewa Untuk Syida – ‘Kesian Anak-Anak Dia Duduk Merata’

    Shopee Sale

    Usahawan Syafiqa Melvin tampil memohon bantuan orang ramai untuk mencari rumah sewa buat adiknya iaitu Syida Melvin.

    Artikel Berkaitan: Syafiqa Melvin Dedah ‘Screenshot’ Bekas Adik Ipar – ‘Nampak Baik Di Media Sosial, Pijak Semut Tak Mati’

    Rumah sewa

    Perkara tersebut dikongsikan Syafiqa menerusi hantaran terbaharu di platform Threads miliknya.

    Menurut Syafiqa, rumah teres menjadi pilihan memandangkan Syida mempunyai anak-anak kecil yang memerlukan ruang untuk bermain.

    Tambah Syafiqa, mereka sudah berusaha mencari rumah sewa di kawasan berkenaan, namun kebanyakan rumah yang ditemui merupakan jenis kondominium.

    Boleh tak awak semua tolong saya carikan rumah sewa area Laman Glenmarie atau sekitar TTDI Jaya Shah Alam?

    Preferably rumah teres bukan kondo atau apartment. Untuk adik saya, Syida.

    Lebih meruntun hati, anak-anak Syida terpaksa berpindah-randah dari kampung ke rumah saudara-mara buat sementara waktu, selain mereka juga bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

    Anak dia nak masuk sekolah dah tahun depan bulan 1, tapi masih tak dapat masuk rumah sendiri, kesian anak-anak dia duduk merata rata kejap kampung kejap rumah mak cik-mak cik.

    Kami sudah cuba cari rumah sewa di kawasan sini tapi kebanyakannya kondo, kalau boleh nak cari teres, senang untuk anak-anak kecil ni main, kalau ada tolong PM saya.

    Yang paling kesian Isa yang kecil tu, bawa beg mainan dia ada kereta mainan merata-rata, kemana mak dia pergi, walaupun hakikatnya ada rumah.

    Sebelum ini, Syida mendedahkan dia bersama tiga anaknya kini menetap di kampung selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal di rumah kelaminnya di Shah Alam.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Trend Jamilah’ Didakwa Memalukan, Pempengaruh Nasihat Wanita Jaga Maruah

    Terdahulu, rumah tangga Syida dan bekas suami, Syafiq akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Ogos lalu.

    Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Syafiq, 37, pada 19 Januari 2019.

    Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

    Sumber: Threads

    The post Syafiqa Melvin Minta Bantuan Cari Rumah Sewa Untuk Syida – ‘Kesian Anak-Anak Dia Duduk Merata’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah