Pelakon Fasha Sandha menjelaskan hubungan baik bersama adiknya, Elisya Sandha tetap tidak terlepas daripada perselisihan kecil yang biasa berlaku antara adik-beradik.
Artikel Berkaitan: ‘Elisya, Jangan Biarkan Komen Negatif Membebani Hati & Berlembutlah Dengan Diri Sendiri’ – Fasha Sandha
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Mudah Mengacara Secara Langsung, Pada Saya Kak Engku Memang Hebat’ – Fasha Sandha
Gimik tak menjadi

Ketika ditemui , Fasha 42, akui terharu dengan keprihatinan netizen yang mengambil berat susulan perkongsiannya sebelum ini yang menimbulkan tanda tanya mengenai hubungan dengan Elisya.
Menurut Fasha, rata-rata netizen sukar mempercayai perkara tersebut memandangkan umum mengetahui hubungan akrab yang terjalin antara dirinya dan Elisya.
Terima kasih kerana ramai yang prihatin. Ramai dm saya dan nasihat jangan bergaduh adik-beradik. Ada yang percaya dan ada yang kata sebahagian dari promosi produk. Ada juga yang beri nasihat. Terima kasih atas doa yang baik-baik buat kami.
Netizen semua baik dan positif walaupun kita tulis macam nak bergaduh. Mungkin sebab hubungan kami amat kuat.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Rakan Jenama Gardenia Numee yang berlangsung di Saloma Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Hubungan adik beradik

Mengulas lanjut mengenai hubungan adik beradik, Fasha akui ada kalanya terasa hati apabila Elisya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarganya.
Bagaimanapun, Fasha menjelaskan situasi tersebut kerap berlaku pada awal perkahwinan Elisya namun kini dia semakin memahami dan menerima hakikat bahawa adiknya sudah mempunyai keluarga sendiri.
Tipu kalau adik-beradik tak bergaduh manja-manja. Sebagai kakak, ada sahaja momen terasa hati seperti contoh bila Elisya banyak luangkan masa bersama keluarga dia.
Tapi saya kena terima sebab dia bukan baby saya lagi. Dia hak milik suami dia.
Kami memerlukan antara satu sama lain. Semua berbalik pada rezeki. Ada orang tiada rezeki untuk memiliki keluarga dengan bonding yang kuat.
Dalam pada itu, Fasha berpendapat hubungan kekeluargaan dapat terus dieratkan apabila setiap ahli keluarga meluangkan masa bersama, terutama ketika meraikan hari-hari istimewa.
Tips yang saya boleh beri adalah kena selalu jumpa setiap kali ada sambutan penting keluarga seperti sambutan hari jadi.
Sementara itu, Fasha Sandha tercalon sebagai Top 15 kategori Pelakon Paling Viral di Paling Viral Online 2.0.
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post Fasha Sandha Pernah Terasa Hati, Elisya Sandha Sibuk Dengan Keluarga Sendiri – ‘Dia Bukan Baby Saya Lagi’ first appeared on OHBULAN!.





