33 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Big Tree OOH City Tour 2026 Transformasi Kuala Lumpur Jadi Ruang Pengiklanan Interaktif, Cipta Pengalaman Lebih Imersif

    Shopee Sale

    Peneraju pasaran industri pengiklanan luaran (OOH) yang juga merupakan anak syarikat Media Prima Berhad, Big Tree telah memperkenalkan pengalaman pengiklanan luar biasa menerusi penganjuran Big Tree OOH City Tour 2026.

    Program ini memberi peluang kepada pengamal industri media untuk menyaksikan sendiri bagaimana pengiklanan OOH berfungsi dalam kehidupan seharian masyarakat serta mewujudkan interaksi secara langsung dengan persekitaran bandar.

    Artikel Berkaitan: Lancar Premium Audio, Skrin Digital Gergasi Big Tree Kini Berdentum Di CuBig @ KLCC Junction

    Big Tree OOH City Tour 2026

    Mengangkat persoalan “Bagaimana Jika Bandar Ini Mendengar Suara Anda?” dan slogan “Jangan Sekadar Merancang OOH. Jadilah Sebahagian Daripadanya.”, Big Tree menggunakan pendekatan yang lebih kreatif untuk memperlihatkan keupayaan medium OOH.

    Menerusi inisiatif ini, Kuala Lumpur dijadikan ruang pengalaman interaktif yang membolehkan peserta memahami peranan OOH bukan sekadar sebagai platform promosi, malah medium yang mampu mendekati orang ramai dalam kehidupan seharian.

    Pengalaman unik itu bermula sebaik peserta tiba di KL Sentral apabila mereka berpeluang melihat wajah sendiri terpampang pada skrin digital bersaiz besar di Cosmic Towers. Terletak di pintu masuk NU Sentral, pemasangan DOOH milik Big Tree itu dilengkapi dua skrin digital serta sistem audio.

    Tarikan tersebut memberikan kelainan kepada suasana persekitaran yang biasanya menjadi laluan harian orang ramai, sekali gus memperlihatkan bagaimana teknologi pengiklanan luar mampu mencipta pengalaman lebih dekat dan menarik kepada khalayak.

    Pengalaman diteruskan dengan menaiki LRT bagi melihat sendiri penggunaan DOOH Big Tree di hab pengangkutan awam. Peserta kemudian menyusuri laluan pejalan kaki sekitar KLCC yang menghubungkan stesen pengangkutan, pusat beli-belah dan kawasan pejabat. Sepanjang perjalanan, mereka dapat menyaksikan bagaimana pengiklanan OOH hadir dalam rutin harian masyarakat.

    MENARIK:  Shima ‘Teringin’ Sudah Tiga Tahun Tak Bertudung – ‘Saya Sensitif Dengan Panas & Sangat Alergik’

    Menerusi perjalanan menaiki bas dua tingkat pula, peserta dibawa meninjau beberapa lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur. Menariknya, wajah mereka turut dipaparkan pada skrin digital Big Tree di sepanjang laluan, sekali gus memberikan pengalaman secara langsung tentang bagaimana OOH mampu mendekati khalayak dalam suasana yang lebih interaktif.

    Peserta turut berpeluang menghantar swafoto berserta mesej pilihan untuk dipaparkan kepada orang ramai. Penglibatan ini memberi ruang kepada mereka untuk merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada kandungan OOH, selari dengan konsep utama program yang mengajak masyarakat menyuarakan pandangan melalui medium pengiklanan luar.

    Kemuncak pengalaman yang istimewa ini adalah di CuBig @ KLCC Junction, skrin DOOH terbesar milik Big Tree. Swafoto dan mesej peserta dipaparkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menghasilkan kesan visual anamorfik, sekali gus menjadikan paparan lebih menarik dan interaktif.

    Secara keseluruhannya, Big Tree OOH City Tour 2026 memperlihatkan potensi OOH sebagai medium yang bukan sahaja menyampaikan iklan kepada khalayak ramai, malah mampu mencipta pengalaman tersendiri melalui gabungan teknologi, kreativiti dan interaksi pengguna.

    Program ini merupakan hasil kerjasama Big Tree Outdoor bersama Omnia, penyedia penyelesaian pemasaran dan pengiklanan bersepadu di bawah Media Prima Berhad, dalam usaha meneroka pendekatan baharu serta memperkasa inovasi industri media.

    The post Big Tree OOH City Tour 2026 Transformasi Kuala Lumpur Jadi Ruang Pengiklanan Interaktif, Cipta Pengalaman Lebih Imersif first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah