33.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Kongsi Kad Tauliah, Pertahankan PU Riz – ‘Berhenti Fitnah Orang Yang Cuba Luaskan Agama Islam’

    Shopee Sale

    Seorang warganet tampil berkongsi kad pentauliahan pendakwah selebriti, PU Riz susulan timbul dakwaan dia tidak berkelayakan untuk menyampaikan ceramah agama.

    Artikel Berkaitan: PU Riz Jawab Dakwaan Tiket Wayang Sebagai ‘Refund’ Pembatalan ‘Meet & Greet’

    Kad tauliah

    Screenshot

    Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut memuat naik foto memaparkan kad tauliah mengajar dan berceramah PU Riz di Wilayah Persekutuan.

    Individu itu juga menggesa orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah terhadap PU Riz kerana usahanya yang mencuba berkongsi ilmu agama.

    Siapa yang kata Haris tak ada tauliah dipersilakan baca ya.

    Sebelah kiri yang first bermula 2022 sehingga renewal yang kanan valid sehingga 2029. Boleh check di website MAIWP. 

    Berhenti menjaja fitnah kepada yang cuba meluaskan agama Islam. 

    Tambahnya, setiap individu mempunyai pilihan tersendiri untuk mengikuti mana-mana kelas agama yang mereka mahu, malah tiada paksaan dari pihak penganjur untuk peserta menyertainya.

    Pilihan masing-masing untuk sertai kelas agama di hotel mewah atas dasar keselesaan dan ketenangan. 

    Tiada paksaan, sama juga awak semua pergi ke konseet habis beribu untuk berhibur. Ukur baju di badan sendiri.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan individu tersebut.

    MENARIK:  Rebut Peluang Memenangi Sebahagian Daripada RM100,000 Kredit Penerbangan

    Dalam masa yang sama, mereka juga bersetuju dengan tindakan PU Riz yang telah mengemukakan saman terhadap pemfitnah.

    Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa PU Riz tidak mempunyai tauliah dan dilabel ‘penunggang agama’ rentetan isu pembatalan acara Nunha Meet & Greet di Johor yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober lalu yang dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan susulan keadaan jerebu.

    Sumber: Threads

    The post Netizen Kongsi Kad Tauliah, Pertahankan PU Riz – ‘Berhenti Fitnah Orang Yang Cuba Luaskan Agama Islam’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah