Ramai orang berasa kurang selesa apabila disajikan kaki ayam kerana beranggapan bahawa bahagian tersebut tidak bersih.
Artikel Berkaitan: Sakit Belakang Tak Hilang-Hilang? Kenali Tanda Awal ‘Slip Disc’ Sebelum Terlambat
Artikel Berkaitan: Manfaat Pengambilan Minyak Ikan Untuk Kesihatan & Minda
Setanding dengan sayur-sayuran

Menjadikan kaki ayam sebagai bahan masakan sebenarnya menyimpan rahsia nutrisi yang luar biasa, bukan sahaja baik untuk kesihatan malah berperanan penting dalam mengekalkan kecantikan tubuh badan.
Kaki ayam mengandungi kolagen, protein, kalsium, dan mineral seperti magnesium, zink, tembaga, dan fosforus, yang menyokong kekuatan tulang, sendi, kulit, rambut, dan kuku.
Satu kajian yang dijalankan Fakulti Sains Haiwan, Universiti Chung-Hsing, Taiwan mendapati kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi, setanding dengan sumber semula jadi lain seperti sayur-sayuran yang penting untuk mengekalkan keanjalan kulit.
Kandungan nutrien seperti protein, kalsium dan tulang rawan yang tinggi mudah diserap oleh tubuh, sekali gus menjadikan kaki ayam pilihan terbaik untuk membantu mencegah kerapuhan tulang serta masalah sendi.
Nutrien seperti protein, kalsium dan tulang rawan mudah diserap tubuh, menjadikan kaki ayam sangat baik untuk mencegah kerapuhan tulang dan masalah sendi.
Kaki ayam yang dimasak sebagai sup atau kuah, ia akan melepaskan kondroitin, glucosamine, dan gelatin yang bermanfaat untuk pencernaan, melembutkan saluran usus, dan menyokong kesihatan gusi serta kuku.
Gelatin semula jadi di dalamnya juga membentuk probiotik, meningkatkan imuniti, dan menyihatkan sistem pencernaan.
Di samping itu, kaki ayam juga mengandungi asid amino seperti glisin, prolin, hidroksiprolin dan arginin yang berperanan menyokong kekuatan jaringan ikat, kesihatan organ, pengeluaran hormon pembiakan serta membantu mengurangkan stres.
Sumber: Rasa
The post Khasiat Kaki Ayam: Sumber Kolagen Untuk Kesihatan & Kecantikan Tubuh Badan first appeared on OHBULAN!.





