33 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syed Saddiq Larang Panggil Ara Dengan Gelaran ‘Tempoyot’

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kurang senang apabila anak tirinya, Ara Adreanna dipanggil dengan gelaran ‘tempoyot’.

    Artikel Berkaitan: Tak Lekang Dengan Buku Nota, Gelagat Syed Saddiq Curi Perhatian Netizen – ‘YB Nak Catat Apa Tu?’

    Syed Saddiq larang

    Menerusi satu hantaran di Threads, kelihatan Syed Saddiq bersama isteri Bella Astillah dan anak-anak mereka iaitu Ayden Adrean dan Ara  baru sahaja tiba di lapangan terbang.

    Kehadiran pasangan itu di bumi Sabah adalah untuk majlis resepsi mereka dan telah disambut meriah oleh para peminat yang kelihatan sangat teruja.

    Para peminat juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto bersama Syed Saddiq dan Bella serta anak-anak.

    Kemudian terdapat seorang peminat yang memanggil Ara dengan gelaran ‘tempoyot’.

    MENARIK:  Aleeza Kasim Tangguh Kahwin, Utamakan Jaga Ibu Sakit – ‘Masa Terbaik Balas Jasa Mak’

    Tidak berdiam diri, Syed Saddiq kemudian menegur individu berkenaan dan meminta supaya panggilan tersebut tidak lagi digunakan terhadap anak tirinya itu.

    Jangan panggil dia tempoyot.

    Difahamkan, gelaran ‘tempoyot’ itu sebelum ini sering digunakan oleh orang sekeliling ketika mengusik Ara sehingga menjadi panggilan yang cukup sinonim dengan kanak-kanak berkenaan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Syed Saddiq kerana melindungi Ara dari menjadi bahan usikkan ramai.

    Untuk info, Syed Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober lalu. 

    Sumber: Threads 

    The post [VIDEO] Syed Saddiq Larang Panggil Ara Dengan Gelaran ‘Tempoyot’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah