Penyanyi Osama Yamani tampil mempertahankan adiknya Zaki Yamani, berikutan seorang individu mendakwa dia terlalu mencuba untuk meniru suara bapa mereka Datuk Jamal Abdillah.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kisah Orang Nak Kata Yamani & Zaki Klon Saya Sebab Memang Anak-Beranak’ – Jamal Abdillah
Pertahankan Zaki

Menerusi hantaran di TikTok, Osama memuat naik video persembahannya ketika mendendangkan lagu Penghujung Rindu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji persembahan dan vokal Osama.
Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang kurang senang dengan cara penyampaian nyanyian Zaki.
Tidak berdiam diri, Osama tampil mempertahankan adiknya dengan menjelaskan mengenai vokal dan menegaskan bahawa mereka mempunyai cara tersendiri ketika membuat persembahan.
Tidak, Masing-masing ada suara dan cara tersendiri bila menyanyi.
Tone kami memang sama lebih kurang, cuma yang nampakkan kami lain dari penyampaian kami itu saja.
Tambah Osama, penghayatan setiap bait lirik juga memberi impak kepada persembahan.
Yang penting setiap bait-bait lirik kami lafaskan dengan perasan kami adik beradik.
Sumber: TikTok
The post Osama Yamani Back Up Zaki Yamani, Individu Dakwa ‘Try Hard’ Tiru Suara Bapa – ‘Masing-Masing Ada Cara Tersendiri’ first appeared on OHBULAN!.





