Hantaran seorang individu di media sosial mengenai arwah ibunya telah mencuri perhatian dan mengundang rasa pilu warganet.
Artikel Berkaitan: Scha Alyahya Kenang Kebaikan Arwah Ibu – ‘Tiada Kata Yang Mampu Gambarkan Kehilangan Ini’
Artikel Berkaitan: Anak Hembus Nafas Terakhir Ketika Teman Jenazah Ibu, Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad
Wajah serupa

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut memuat naik foto dan video pertemuannya dengan seorang wanita yang mempunyai rupa paras mirip arwah ibunya.
Saya jumpa seorang mak cik ni muka dia sama macam arwah mak saya yang meninggal 12 tahun lepas kerana kanser kolon.
Saya tak dapat menahan air mata.
Pertemuan yang tidak dijangkakan itu membuatkan individu berkenaan menangis mengenangkan arwah ibunya yang telah lama pergi.
Mereka kemudian dilihat mengambil foto bersama malah individu itu sempat menyentuh wajah wanita tersebut yang disifatkan sama seperti bonda tercinta.
Tadi masa jumpa mak cik tu dekat checkout counter, saya dah pandang dia.
Tiba-tiba kawan saya pun cakap, mak cik tu sama macam mak saya.
Dia yang beria pergi beritahu mak cik tu nak ambil gambar.
Lepas peluk dan menangis tanpa suara, saya beritahu nak pegang pipi..dia angguk.
Ya Allah, saya rindu pipi licin arwah.
Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen yang menyentuh perasaan itu dan merindui ibu masing-masing.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Individu Tak Dapat Tahan Air Mata, Terjumpa Wanita Wajah Persis Arwah Ibu – ‘Saya Sentuh Pipi Dia’ first appeared on OHBULAN!.





