
Pendakwah selebriti, Iddin Ramli dengan tegas memaklumkan tidak berapa gemar untuk melihat konten ‘suami takut isteri’ dimuat naik di media sosial.
Seolah jatuhkan maruah suami
Menerusi TikTok, Iddin beranggapan konten tersebut seolah-olah menjatuhkan darjat serta kemuliaan seorang yang bergelar suami.
Saya tak suka tengok sebab pada saya ia seolah menjatuhkan darjat dan kemuliaan seorang suami.
Sebagai seorang suami, kita ini kena hormat isteri tetapi bukannya takut dengan isteri.
Kalau kita tengok dalam konten, isteri mesti berperangai pelik, cakap tengking-tengking dan kurang ajar dan suami pula kena takut dan menggigil nak jumpa isteri.
Kita faham benda ini adalah konten tetapi ia tak patut untuk dinormalisasikan.
Sebab itu ada isteri yang berasakan adalah normal untuk berperangai kurang ajar, disebabkan konten seperti itu.
Akan beri impak negatif

Dalam pada itu, Iddin turut berkongsi hadis Nabi Muhammad SAW tentang betapa tingginya darjat seorang suami terhadap isteri.
Tambah Iddin, konten seperti itu juga akan memberikan pengaruh negatif kepada generasi muda yang bakal mendirikan rumah tangga di masa akan datang.
Perkara ini akan mendatangkan kesan dan pengaruh yang buruk kepada adik-adik serta orang yang tak belajar agama.
Kita ini orang Islam, sedangkan ada hadis Nabi yang memberitahu, ‘Kalaulah ada manusia yang boleh disujud, Nabi nak perintahkan seorang isteri sujud pada suami’.
Nak bagitahu bahawa kedudukan suami ini sangat tinggi dan sangat mulia.
Jadi, kalau dah mulia (kedudukannya), boleh ke nak kurang ajar? Boleh ke nak tinggi suara dan cakap bukan-bukan?
Walau bagaimanapun, Iddin menegaskan bahawa seorang suami itu tidak boleh menjadikan darjat kemuliaan sebagai tiket untuk mereka melayan isteri seperti hamba.
Tetapi itu pula bukanlah tiket untuk suami jadikan isteri seperti hamba pula.
Suami pun perlulah layan isteri elok-elok dan bahagiakan mereka.
Sebab suami yang paling baik adalah suami yang berlaku ehsan kepada isteri. Jadi, layanlah mereka baik-baik.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan Iddin.
Komen netizen









