35.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Hattan Berhenti Merokok Selepas Kehilangan Arwah Adik – ‘Dia Kuat Merokok, Ada Masalah Jantung’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Datuk Hattan nekad berhenti daripada tabiat merokok dan mula mengamalkan gaya hidup sihat.

    Berhenti sebab arwah adik

    Ketika ditemui , pemilik nama Mohd Shukri Shahabudin memaklumkan dia mula meninggalkan tabiat merokok itu sejak kehilangan arwah adiknya iaitu, Muhammad Hatta Shahabudin pada hari raya kelima yang lalu.

    Difahamkan arwah adiknya itu meninggal dunia akibat masalah jantung di kediaman keluarga mereka yang terletak Seri Menanti, Negeri Sembilan.

    Sebenarnya saya dah berhenti merokok dua tahun yang lepas tetapi mula hisap sikit-sikit selepas makan lauk di kampung.

    Arwah adik saya seorang ‘heavy smoker’ dan dia ada masalah jantung. Umur dia baru 45 tahun.

    Kejap-kejap dia hisap (rokok), bangun tidur tak minum air terus hisap. Sampaikan saya cakap, ‘Eh, relaks sikit Hatta.’

    Bila arwah adik meninggal saja tempoh hari, saya terus ucap selamat tinggal pada rokok.

    Hattan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada petang Isnin.

    MENARIK:  Shahida Tanya Sesuai Tak Hamil Lagi Pada Usia 40-an, Aliff Syukri Respon – ‘Sudah Ikat, Tak Boleh Beranak Lagi’ 

    Tahap kesihatan meningkat

    Dalam pada itu, Hattan memaklumkan tahap kesihatannya semakin baik dan sangat membantu mengekalkan kualiti nyanyiannya.

    Selepas berhenti, pernafasan saya makin baik, tenaga saya pun semakin banyak.

    Tidur pun makin awal sebab dulu sewaktu saya merokok, selalu sangat tidur lambat.

    Alhamdulillah, saya rasa tahap kesihatan lebih baik selepas berhenti merokok.

    Sekadar info, Hattan bakal bergandingan dengan seorang lagi penyanyi lagenda negara iaitu Datuk Jamal Abdillah bagi Konsert Amal Night of Love & Compassion yang bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 14 Disember ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah