Pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa syukur terhadap sokongan yang diterima daripada para peminat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyza Aznan Masih Hantar Pesanan Ke Nombor Arwah Anak – ‘Saya Tahu Tiada Balasan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyza Aznan Puji Shahida, Syukur Atas Pertolongan – ‘Kebaikan Dia Memang Antara Dia & Allah Yang Tahu’
Berterima kasih
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menitipkan kata-kata semangat buat Amyza yang sebelum ini meluahkan rasa sebak selepas mengakui tidak sanggup kehilangan seorang lagi anaknya.
Amyza, 50, turut mengakui kata-kata semangat itu serba sedikit membantunya mendapatkan kekuatan semula untuk meneruskan kehidupan.
Terima kasih untuk kata-kata manis yang menyejukkan hati dan mengembalikan semula kekuatan yang semakin pudar.
Lirik lagu

Sementara itu, Amyza dalam perkongsian di Instagram Story (IGs), menafikan tangisannya ketika menyanyikan lagu Ya Ilahi Rabbi di sebuah program nyanyian baru-baru ini sebagai cubaan untuk menjual kisah sedih tentang kehidupannya.
Menurutnya, tangisan tersebut bukan kerana mahu meraih simpati dengan kisah pemergian anaknya.
Hadam lirik ini. Lirik berunsur ketuhanan, kisah seorang pendosa, anak soleh dan anak derhaka.
Dekat mana yang menjual cerita sedih? Ada lirik ni cakap lelaki sakit? Anak mati? Anak sakit?
Berang dengan perkara itu, Amyza berkata setiap tindakan yang dilakukannya sering mendapat kritikan.
Selepas ini saya nyanyi lagu berunsur binatang. Nyanyi lagu ketuhanan kata raih simpati, nyanyi lagu rancak kata kita bersuka ria.
Suruh pula duduk rumah jaga anak, duduk hospital jaga suami.
Sumber: Threads
The post ‘Dapat Kembalikan Kekuatan Yang Sudah Pudar’ – Amyza Aznan Hargai Kata-Kata Semangat, Nafi Jual Cerita Sedih first appeared on OHBULAN!.





