Pelakon, Hannah Delisha berharap hukuman setimpal dikenakan ke atas individu yang disyaki mengikat leher seekor kucing menggunakan tali sebelum menggantung haiwan itu di luar tingkap sebuah kenderaan di Kluang, Johor baru-baru ini.
Aritkel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Raih Perhatian, Netizen Tak Sangka Duet Dengan Awie – ‘Dia Rap Pun Sedap’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Perjelas Isu Status ‘Miss’, Nafi Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – ‘Imam Tempah Sebagai Kejutan’
Kejam

Ketika ditemui , Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, berkata sebagai seorang pencinta haiwan, dia tidak dapat menerima perbuatan kejam itu kerana tindakan sedemikian jelas tidak berperikemanusiaan.
Kata Hannah, jika seseorang sanggup melakukan kekejaman terhadap haiwan, dia juga berkemungkinan melakukan perbuatan zalim terhadap manusia.
Tiada langsung nilai kemanusiaan dalam perbuatan seperti itu.
Kalau seseorang sanggup melakukan kekejaman terhadap seekor kucing, dia juga mungkin sanggup melakukan perkara yang sama terhadap sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak dan manusia lain.
Perbuatan seperti ini memang tidak boleh diterima dan sewajarnya dikenakan hukuman, ia tidak betul.
Hannah berkata demikian ketika ditemu bual sebagai duta perhiasan Elfi bersama Wan & Mary sempena Fashionably Modest Asia 2026 yang berlangsung pada petang Sabtu.
Ketika ditanya mengenai haiwan peliharaannya, Hannah berkata ketika ini dia memiliki enam ekor haiwan termasuk kucing jenis Parsi, seekor arnab dan dua ekor burung di rumah.
Bercerita tentang pemergian burung peliharaannya yang diberi nama Mochi, Hannah menyifatkan burung itu sebagai haiwan yang penyayang meskipun dia tidak menjaganya dalam tempoh yang lama.
Saya dah tanamnya dalam pokok bunga Melur. Sebenarnya Mochi tu dibeli untuk ibu saya tetapi saya pula tersayangnya.
Mochi adalah burung yang paling manja dan penyayang yang saya pernah jaga, walaupun tidak lama (jaga) tapi saya sayang dia.
Terdahulu, media melaporkan kejadian membabitkan seorang individu yang disyaki mengikat leher seekor kucing dengan tali sebelum menggantung haiwan itu di luar tingkap sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Batu 2, Jalan Mersing.
The post [VIDEO] Hannah Delisha Kecam Tindakan Kejam Gantung Kucing – ‘Perbuatan Yang Tidak Boleh Diterima’ first appeared on OHBULAN!.





