34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Firdaus Ghurfan Mohon Ibu Bapa Pantau Anak, Dakwa Hampir Jadi Mangsa Pedofilia

    Shopee Sale

    Pelakon, Firdaus Ghufran mendedahkan dirinya hampir menjadi mangsa kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak atau pedofilia semasa mula menapak nama dalam industri hiburan.

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Kacau Adik Aku, Perempuan Mur*h’ – Firdaus Ghufran

    MENARIK:  Zehra Zambri Bakal Failkan Cerai ‘Fast Track’ Terhadap Suami Dalam Masa Terdekat?

    Artikel Berkaitan: ‘Bila Habis Duit Dekat Perempuan, Inilah Jadinya’ – Muntazar Ghufran

    Ambil kesempatan

    " data-video-id="7595104253878750472" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Pelakon, Firdaus Ghufran mendedahkan dirinya hampir menjadi mangsa kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak atau pedofilia semasa mula menapak nama dalam industri hiburan. # #kinitrending #firdausghufran

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Ketika ditemui , Firdaus memaklumkan terdapat individu yang sering mengambil kesempatan pada pendatang baru terutama kanak-kanak.

    Pelakon baharu masuk industri kreatif, mereka tidak tahu apa-apa. Mereka masih kosong. Kenapa sanggup buat perkara sebegitu kepada mereka.

    Mereka ada kehidupan, ibu bapa dan keluarga. Perbuatan tidak waras seperti itu memang tidak wajar langsung.

    Semua orang hendak cari makan. Apabila kesetiaan terikat kepada satu pihak, di situlah masalah bermula.

    Firdaus berkata demikian semasa Tayangan Perdana berjudul ‘Mak’ yang berlangsung di TGV, One Utama, malam tadi.

    Ibu bapa perlu jaga anak masing-masing

    Dalam pada itu, Firdaus turut berkongsi dirinya yang hampir menjadi mangsa kes pedofilia namun pelakon berusia 23 tahun itu mendakwa dia sempat mengelak perbuatan tidak bermoral tersebut.

    Dalam kalangan orang lain, perkara itu memang pernah berlaku. Saya sendiri hampir mengalaminya, tetapi, tidak sampai terkena apa-apa. Mungkin individu itu hormati saya.

    Benda ini (pedofilia) ada. Semua itu memang wujud dan berlaku. Cuma bukan kepada saya. Hampir terjadi, tetapi saya dapat elak. Saya sempat menepis.

    Keluarga saya sentiasa pantau hal-hal seperti isu seksual kerana kami tahu isu ini sangat serius apabila membabitkan kanak-kanak. Itu sudah masuk kategori pedofilia.

    Selain itu, Firdaus turut menegaskan kepada ibu bapa agar memainkan peranan penting dengan menjaga keselamatan anak-anak yang mula berjinak dalam industri seni.

    Sebab itu saya ingin pesan kepada ibu bapa yang membawa anak ke dunia lakonan, tolong jaga anak-anak kalian.

    Ada orang sanggup buat perkara sangat kotor tidak kira masa tanpa memikirkan kesan masa depan. Tetapi, saya percaya, karma (balasan) itu wujud.

    Terdahulu, seorang aktor kanak-kanak membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah diliwat seorang pengarah yang mempunyai hubungan persaudaraan dengannya ketika masih kecil.

    The post [VIDEO] Firdaus Ghurfan Mohon Ibu Bapa Pantau Anak, Dakwa Hampir Jadi Mangsa Pedofilia first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah