Pelakon dan pengacara, Janna Nick kecewa terhadap segelintir individu yang kurang senang dengan impiannya untuk memiliki zuriat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Buncit!’ – Janna Nick Mohon Henti Spekulasi Hamil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Perjelas Muka Nampak Sembab – ‘Badan Naik Sebab Jalani Dua Kali Proses Dapatkan Zuriat’
Luahan Janna

Menerusi hantaran di Threads, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, berkongsi, sering menerima komen-komen negatif berkenaan keinginannya itu.
Apa masalahnya kalau orang cakap nak anak setiap hari? Sibuk nak komen ‘jangan mengharap sangat, nanti lagi tak dapat’.
Suka hatilah kalau aku nak post 560 kali sehari pun pasal nak anak.
Dalam masa sama, Janna juga menyifatkan komen-komen berkenaan sebagai kenyataan yang boleh menjejaskan kegembiraan dirinya sedangkan dia hanya meluahkan hasrat untuk bergelar seorang ibu.
Kenapa manusia sekarang suka jadi joykiller. Aku hanya berharap, bukan mengeluh.
Sibuk nak beri pendapat kau yang tak penting itu. Aku tak mahu tahu!
Kita ini rasa empati bila orang komen negatif. Masih lagi boleh fikir ‘mungkin dia tak gembira atau mungkin dia sedih dengan hidup dia’. Menyampah juga asyik fikir situasi dia sahaja.
Terdahulu, sempena menyambut tahun baharu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu berkongsi harapan terbesarnya iaitu untuk mempunyai anak.
Untuk info, Janna dan suami, Dini Schatzmann mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.
Sumber: Threads Janna Nick
The post ‘Suka Hatilah Nak Post 560 Kali Sehari Pun Pasal Anak’ – Janna Nick first appeared on OHBULAN!.





