Pelakon Fazura menyifatkan rakan selebritinya, Que Haidar sebagai seorang jejaka ‘gentleman’ apabila menawarkan segelas minuman semasa sibuk bekerja.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Salah Pakai Baju RM15 Kalau Anak Gembira’ – Fazura
Artikel Berkaitan: ‘Sayang Ricky Selalu, Ramai Lagi Yang Menyayangi’ – Fazura
Sangat gentleman
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, meluahkan rasa teruja dengan personaliti Que Haidar yang bersahaja.
Seloroh Fazura, dia tidak mengamalkan pengambilan minuman sejuk namun segera menerimanya apabila ditawarkan oleh pelakon berusia 46 tahun itu.
Dia tuang air dalam gelas.
Abang Jamil (Que Haidar) sangat gentleman.
Dia buat secara bersahaja. Saya tengah duduk bersimpuh di bawah dan dia tawarkan air.
Selalu saya yang ambilkan air.
Walaupun air sejuk, saya terus cakap nak. Saya sebenarnya tak minum air sejuk tapi kerana Abang Jamil kan.
Netizen gembira tengok Fazura kembali riang




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tumpang gembira melihat pelakon drama Pisau Cukur itu kembali riang.
Imbas kembali, tular momen manis apabila Que Haidar menuangkan minuman ke dalam gelas untuk Fazura semasa mereka bekerjasama bagi sebuah jenama kain popular.
Sumber: TikTok @tetaplah_tersenyumm
The post [VIDEO] Fazura Puji Que Haidar ‘Gentleman’ – ‘Selalu Saya Yang Ambilkan Air’ first appeared on OHBULAN!.






@quehaidar #fazura #jakelina #fazuraxjakel #jamilah 

