
Pelakon dan usahawan, Fazura menyorot perhatian warganet selepas tampil dengan wajah ‘polos’ tanpa solekan dalam perkongsian terbaru di media sosial.
Cantik tanpa mekap

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, memuat naik video memaparkan anaknya, Fatima Aisya menjadi jurusolek peribadi dirinya.
Video berdurasi hampir 9 minit itu menunjukkan kemahiran Fatima dalam memastikan ibunya tampil cantik di hadapan kamera.
‘Dreamy and angelic’

Perkongsian itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji wajah bekas isteri kepada pelakon kacak, iaitu Fattah Amin yang diibaratkan sempurna.
Tidak hanya itu, para peminat juga memuji Fatima kerana melakukan kerja yang baik dalam menjadi jurusolek kepada ibunya.





