26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini

    Shopee Sale

    Teka-teki mengenai hubungan penyanyi dan pelakon, Amira Othman bersama aktor, Fattah Amin akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengesahkan hubungan mereka.

    Artikel Berkaitan: Amira Othman Nafi Bakal Kahwin Dengan Fattah Amin, Anggap Video Busana Pengantin Hanya Salah Faham

    MENARIK:  Air Mineral Atau Air Minuman Biasa: Mana Lebih Sesuai Untuk Kesihatan Anda?

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Berbaju Pengantin, Kad Misteri ‘A & F’ Cetus Spekulasi

    Fattah lamar

    " data-video-id="7547634565159062801" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Wahh tahniah 🥰✨ # #news #fattahamin #amiraothman

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

    Ketika Amira yang juga pemilik nama penuh Nadia Amira Othman, 32, dan Irfan sedang membuat persembahan, suasana dewan bertukar meriah apabila bintang filem Pendekar Awang itu muncul dari belakang dewan dan berjalan menuju ke pentas.

    Di penghujung persembahan, penyanyi Irfan menyerahkan simbolik ‘kunci’ kepada Fattah sebelum aktor itu mengambil alih mikrofon untuk membuat pengumuman rasmi mengenai hubungan mereka.

    Selepas meluahkan hasratnya, Fattah kemudian menyerahkan kembali simbolik ‘kunci’ kepada Amira sebagai lambang ikatan mereka yang baru terjalin secara rasmi.

    Acara tersebut turut disaksikan oleh ibu bapa Amira iaitu Othman Abdul Kadir, 62 dan Nora Arshad, 58.

    Pasangan berkenaan berlalu pergi sebaik saja acara selesai.

    Pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.

    Kecoh di media sosial

    Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pelakon Fattah Amin bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.

    Khabar tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Threads iaitu Kimchikims_ yang mendakwa dia mendapat maklumat itu daripada sumber boleh dipercayai.

    Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

    The post [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah