28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fatin Afeefa Kongsi Anak Dapat 11 A Peperiksaan, Berjaya Duduki Tempat Keempat Dalam Kelas

    Shopee Sale



    Fatin Afeefa

    Selebriti media sosial, Fatin Afeefa berkongsi keputusan peperiksaan anaknya Ivy Herra Sophia, 9.

    Keputusan cemerlang

    Fatin Afeefa

    Menerusi hantaran di TikTok, Fatin memaparkan keputusan diperoleh Ivy yang mendapat 11 ‘A’ daripada 12 mata pelajaran yang diambil.

    Ivy juga berjaya menduduki tempat keempat daripada 23 pelajar di dalam kelasnya.

    Selain itu, laporan peperiksaan tersebut turut memaparkan jumlah kehadiran Ivy sepanjang sesi persekolahan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada Ivy dan Fatin.

    Malah, warganet turut memuji bekas pelakon filem Tentang Bulan itu yang mendidik Ivy sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

    Sekadar info, Ivy merupakan anak hasil perkahwinan Fatin bersama bekas suami iaitu aktor Adam Shahz. Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.

    Fatin kemudian mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuh majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

    MENARIK:  [VIDEO] Kak Nona Kongsi Kisah Penghijrahan, Nekad Buang Pakaian Lama – ‘Saya Rasa Sampai Bila Nak Pakai Sebegitu’

    Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

    Video

    " data-video-id="7401008042755542290">
    @fatinafeefa8come with me ambik report card anak? suara asli – Nikita Mirzani penggemar????

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah