24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ebit Lew Dedah Anak Menangis, Terkesan Dakwaan Kes R*gol – ‘Dia Buka Internet Dekat Sekolah’ 

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew mengakui terkesan selepas dirinya terpalit dengan dakwaan kes rogol sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Ebit Lew & Ustaz Tido Minta ‘Gift’ Di TikTok

    MENARIK:  [VIDEO] Sabronzo Bimbing Suami Dalam Soal Agama – ‘Selagi Kehidupan Dipenuhi Cinta, Insya-Allah Semua Okay

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah, Netizen Sedih Tengok Keadaan Terkini – ‘Tolonglah Bantu Dia’

    Ebit didakwa

    " data-video-id="7534517202662296840" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @soutudeen

    Ustaz Ebit Lew menang case. Watch full video di Youtube Soutudeen feat @Ebit Lew

    ♬ original sound – soutudeen – soutudeen

    Menurusi podcast Soutudeen, Ebit atau nama lengkapnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, mengimbas kembali detik ketika dia didakwa melakukan jenayah seksual tersebut.

    Ketika itu saya sedang berdakwah di London, saya transit di Makkah dan buat umrah kemudian balik ke Malaysia dan buat laporan polis.

    Selepas itu saya kemukakan saman dan menjalani proses mahkamah.

    Pada awalnya ada rasa marah tetapi lama kelamaan saya serahkan semuanya kepada kuasa undang-undang.

    Apabila dituduh sebegitu, ia amat berat untuk saya. Saya sudah banyak kali ditimpa ujian, tetapi kali ini saya rasa sangat sedih.

    Kesan pada anak

    View this post on Instagram

    A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

    Menurut pendakwah berusia 41 tahun tersebut, anak perempuannya juga turut menerima kesan emosi selepas mengetahui tentang isu berkenaan menerusi carian di internet.

    Anak perempuan saya, dia balik rumah kemudian menangis. Dekat sekolah, buka internet keluar, ‘Ebit Lew disiasat kes rogol..’

    Rogol, bukan satu tuduhan kecil.

    Bercerita lanjut, Ebit mendedahkan seorang doktor yang ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan terhadapnya juga turut hiba dan sukar untuk percaya dia melakukan jenayah tersebut.

    Saya dipanggil untuk ke hospital untuk buat pemeriksaan. Doktor yang ambil darah saya pun menangis.

    ‘Ustaz, saya sayang ustaz..hari-hari saya dengar ceramah ustaz.’

    Saya dituduh merogol di hotel, kejadian dari pukul 1 hingga pukul 2 tapi takdir Allah, hotel itu saya tak pernah masuk atau singgah pun.

    Terdahulu, pada September 2023, Ebit membuat laporan polis selepas wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatttoo mendakwa bahawa individu berperwatakan alim telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.

    Pendedahan Mondy tersebut dilakukan dalam sebuah podcast bersama pempengaruh, Caprice.

    Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan Mondy membayar RM20,000 kepada Ebit kerana memfitnah.

    Sumber: TikTok Soutudeen

    The post [VIDEO] Ebit Lew Dedah Anak Menangis, Terkesan Dakwaan Kes R*gol – ‘Dia Buka Internet Dekat Sekolah’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah